CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 915|Reply: 0

[Perlis] Munirah maut kerana luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah

[Copy link]
Post time 2-10-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode

MUNIRAH Abu Bakar, jururawat yang ditikam hingga maut oleh suaminya.

Arau: Polis mengesahkan kematian jururawat yang ditikam oleh suaminya di kediaman mereka di Padang Nyu, Arau, Sabtu lalu disebabkan luka tikaman hingga ke hati serta bahagian dalaman pembuluh darah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Mohd Rodi berkata, keputusan itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

"Berdasarkan keputusan autopsi yang dibuat di HSB, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, maut akibat mengalami luka tikaman hingga ke hati serta dalaman pembuluh darah (vena kava) atau 'stab wounds to the liver and inferior vena cava'.

"Namun, setakat ini, kita belum memperoleh laporan keseluruhan proses bedah siasatan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Mohsin berkata, pihaknya menolak kemungkinan melakukan analisis psikiatri terhadap suspek yang juga suami mangsa.

Ini kerana, katanya, tiada keperluan untuk membuat penilaian psikiatri terhadap suspek.

"Kita juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine ketika kejadian berlaku.

"Pengaruh dadah bukanlah dikatakan penyebab kepada kejadian, namun ketika saringan ujian air kencing suspek dilakukan, kita mendapati ia positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Suspek kini masih dalam reman sehingga 7 Oktober hadapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hati-pembuluh-darah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.343298 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list