|
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola terpaksa menyaksikan perlawanan menentang Wolves di tempat duduk pengarah di Stadium Molineux, Wolverhampton kelmarin. – Foto AFP
LONDON: Pep Guardiola mendakwa beliau mempunyai misi untuk memperbaiki sikapnya di tepi padang dalam usaha mengelak satu lagi penggantungan.
Bos Manchester City itu terpaksa menyaksikan kekalahan 2-1 di tangan Wolves kelmarin dari tempat duduk pengarah selepas mengutip tiga kad kuning musim ini.
Liga Perdana Inggeris mengurangkan daripada empat kad kuning kepada tiga bagi penggantungan dalam usaha mengekang salah laku terhadap pegawai perlawanan.
Jadi jika Guardiola meraih tiga lagi kad kuning, beliau akan digantung dua perlawanan daripada berada di tepi padang.
Beliau berkata: "Ia satu peraturan baharu. Mereka menjelaskan kepada kami kadang kala, kami tidak bercakap kepada mereka secara sopan. Mereka bos. Kami terpaksa menerimanya. Saya perlu menyesuaikan diri.
"Jika saya melihat beberapa perkara yang saya tidak suka saya akan katakannya. Kini saya perlu mengawalnya.
"Ia bukan satu isu besar. Ia bukan satu masalah.
"Mereka membuat peraturan itu. Semasa saya menjadi pemain di Barcelona, saya adalah pemain dengan fizikal paling kecil tetapi mungkin saya pemain yang paling banyak menerima kad di Barcelona.
"Ia kerana saya bercakap dan bercakap dan bercakap. Kini sebagai pengurus ia perkara sama."
Guardiola, pasukannya mempersembahkan aksi buruk di Wolves, mengakui beliau tidak suka duduk di tempat duduk pengarah di samping pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain dan Manel Estiarte, ketua sokongan pemain. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... la-mahu-baiki-sikap |
|