|
NORGAARD terjatuh ketika cuba menghalang pemain Nottingham Forest, Ibrahim Sangare. FOTO REUTERS
Nottingham: Pengurus Brentford, Thomas Frank kecewa apabila pemainnya gagal mempertahankan pendahuluan dan seri 1-1 dengan Nottingham Forest yang beraksi dengan 10 pemain, malam tadi.
The Bees dilihat berpeluang meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lima perlawanan apabila Moussa Niakhate dibuang padang dan Christian Norgaard menanduk masuk bola hasil sepakan percuma.
Tetapi, Forest terus berjuang di sebalik kekurangan itu dan menyamakan kedudukan menerusi tandukan Nicolas Dominguez yang membuat penampilan sulung di tempat sendiri.
Keputusan itu menyaksikan Forest memiliki kelebihan satu mata untuk berada di tempat ke-11 manakala Brentford di tempat ke-13 liga.
Setakat ini, Brentford mensia-siakan lapan mata dalam kedudukan hampir menang selepas tujuh perlawanan awal musim ini.
"Kami berada dalam situasi tidak mampu menang perlawanan sedangkan memang jelas, kami patut menang perlawanan ini," kata Frank.
"Kami gagal menghalang bola masuk walaupun ketika 11 pemain melawan 10 orang. Kesudahan sukar dipercayai ini berlaku sekali dalam 100 perlawanan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gagal-kekang-forest |
|