CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19718|Reply: 1

[Perlis] Keluarga bincang penjagaan dua anak arwah Munirah

[Copy link]
Post time 1-10-2023 07:16 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga bincang penjagaan dua anak arwah Munirah


Oleh Aizat Sharif - Oktober 1, 2023 @ 7:10pm bhnews@bh.com.my




Anak Allahyarham Munirah menabur bunga mawar di pusara ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Haji Talib, Kampung Paya Tengah, Beseri, Padang Besar. - NSTP/Aizat Sharif



PADANG BESAR: Ibu dan bapa Allahyarham Munirah Abu Bakar akan membincangkan soal penjagaan anak kepada jururawat yang maut ditikam itu bersama keluarga suami mangsa.

Abu Bakar Senapi, 64, berkata pihak keluarga belum lagi memikirkan mengenai perkembangan itu memandangkan kes menimpa arwah anak perempuannya itu baru berlaku semalam.

"Kita akan datang berbincang dengan keluarga besan saya nanti dalam masa terdekat.

"Buat masa ini, kita belum capai apa-apa keputusan lagi," katanya selepas pengebumian jenazah Munirah di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib Kampung Paya Tengah, Beseri petang tadi.


Abu Bakar turut melahirkan kesyukuran kerana segala kerjasama dan kemudahan diberikan sepanjang proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, sehinggalah pengebumian jenazah anaknya.

Terdahulu, jenazah Munirah, 31 yang maut ditikam suaminya di rumah mereka di Padang Nyu, Arau selesai dibedah siasat di HSB dan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Paya Tengah, Beseri untuk pengebumian.


Hampir 100 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan sekerja mangsa di Hospital Tuanku Fauziah hadir.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 03:59 PM | Show all posts
Allahuakbar..ksian kat budak2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.048479 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list