CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17429|Reply: 0

[Perlis] Beras RM1 habis dalam setengah jam

[Copy link]
Post time 1-10-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai beratur sejak awal pagi bagi mendapatkan beras yang dijual pada harga RM1 oleh Yayasan Misi Rakyat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Food Cabin, Kangar, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD




KANGAR: Beras seberat lima kilogram dijual pada harga RM1 mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai yang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan bekalan tersebut.

Menariknya, semua beras itu juga selesai diedarkan kepada orang ramai hanya dalam masa kira-kira 30 minit.

Pengasas Yayasan Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, 32, berkata, pihaknya mula mengedarkan beras berkenaan bermula pada pukul 9 pagi namun orang ramai telah mula beratur sejak awal pagi bagi mendapatkan kupon.

“Kita telah mengagihkan sebanyak 1,000 kupon kepada orang ramai dan beras berkenaan mula diedarkan bermula pada pukul 9 pagi.

“Malah semua beras ini selesai diagihkan hanya dalam masa setengah sahaja dan mendapat sambutan amat memberangsangkan,” katanya selepas mengedarkan beras berkenaan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Food Cabin, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Faiz berkata, beras berkenaan juga diagihkan oleh kira-kira 40 orang penghantar makanan Misi dari Perlis dan Kedah bagi melancarkan perjalanan program tersebut.

Katanya, tujuan inisiatif itu dilaksanakan adalah bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk membeli beras dengan harga murah.

“Beras-beras yang dijual ini juga diambil daripada pembekal sekitar negeri ini bagi membantu mengurangkan bebanan golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Faiz berkata, pihaknya juga sememangnya telah memperuntukkan sebanyak 100 kampit beras buat golongan asnaf bagi mendapatkan bekalan tersebut menerusi program berkenaan.

Katanya, inisiatif pemberian beras dengan harga murah itu dilaksanakan menerusi sumbangan orang ramai kepada Yayasan Misi Rakyat.

“Perlis telah menjadi negeri keempat bagi pelaksanaan inisiatif oleh Yayasan Misi Rakyat ini dan kita akan menganjurkan di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain selepas ini,” katanya.  – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... dalam-setengah-jam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.450824 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list