View: 4425|Reply: 29
|
Ryan Bakery Nafi Jadi Peserta 'Tangkap Muat' Famili Duo 3
[Copy link]
|
|
Ryan Bakery tidak menganggap dirinya dan adik, Adam Bakery sebagai peserta 'tangkap muat' atau tempelan selepas diumumkan antara enam pasangan yang menyertai musim baharu program realiti, Famili Duo 3 (FD3).
Biarpun mengakui bakatnya tidak sehebat peserta lain terutama daripada segi vokal, namun, Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, akan memastikan pembabitannya bakal memberi saingan.
"Saya tak anggap pun macam tu (tangkap muat). Hendak kata pandai sangat menyanyi tak adalah.
"Tapi kami bolehlah menyanyi. Lagipun kami ada buat persediaan dengan menyertai kelas vokal.
"Bukannya kami masuk membuta tuli," katanya pada sidang media FD3 di sini, hari ini.
Diusik pertanyaan apakah pemilihannya ada kaitan dengan pengaruh sebagai personaliiti media sosial, calon Top 5 kategori Lawak Viral Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 ini memberitahu, perkara itu tidak dapat dielak.
"rogram ini ada dua kategori undian iaitu juri tetap dan penonton. Sebagai pempengaruh, saya kena beritahu mengenai undian itu kepada pengikut ," katanya.
Selain Ryan dan Adam, FD3 membariskan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu); Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri); Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (Duo Adik Beradik) dan Shila Amzah dan Syahir (Duo Adik Beradik).
Peserta keenam FD3 hanya akan diumumkan apabila gelanggang episod pertama FD3 dibuka pada 15 Oktober depan.
Sementara itu, FD3 menyaksikan Ajai dan Mas Idayu kekal menduduki kerusi juri manakala Izzue Islam dan Janna Nick terus diberi kepercayaan sebagai pengacara.
Duo juara mingguan bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.
Pemenang mingguan akan ditentukan juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus).
FD3 bakal menemui penonton setiap Ahad jam 9 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store.
Sumber: BH Online
|
|
|
|
|
|
|
|
baik aku dengar tomyum dngn kelidan lorinya nyanyi drpd korng. |
|
|
|
|
|
|
|
TV3 mmg dah takde idea nak cari hos lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar first tu mcm muka retis sendu pompuan ahirine ke apa nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
Janna Nick hos paling tak berbakat di Malaysia. suka ek TV3 hire dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl replied at 1-10-2023 12:09 AM
Huwaaa aku tak boleh bila ramai yg minat mamat nih aku x kisah dia hitam ke ungu ke kuning ke ta ...
ok la muke gini utk kategori pelawak/influencer buat konten lawak (lawak la kot), kalau hero malaya pujaan gegadis haruslah muntah darah |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk ceria superstar lg baik...Dia ni aku xleh pergi la..Nmpk kotor. Sorry. |
|
|
|
|
|
|
|
apsal org suka sgt dengan lawak anak si roti ni… |
|
|
|
|
|
|
|
Shila amzah pn ada? Udah2 laa masuk pertandingan cmni |
|
|
|
|
|
|
|
Program sendu mcm pesertanya jugkssss |
|
|
|
|
|
|
|
Dh upgrade ni jadi retis, baru boleh up jadi benang kat sini.
Heols tetap busuk forever. |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl replied at 1-10-2023 12:09 AM
Huwaaa aku tak boleh bila ramai yg minat mamat nih aku x kisah dia hitam ke ungu ke kuning ke ta ...
Bukak mulut bau belacan, iya dok? Bini dia jugak yg romen |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk naik rating ke ni? Mcm salah pilih je |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl replied at 1-10-2023 12:09 AM
Huwaaa aku tak boleh bila ramai yg minat mamat nih aku x kisah dia hitam ke ungu ke kuning ke ta ...
Samalah aku..ketara sangat kan gigi dia berlapis2 senget2. Sangattttt. Tolong lah repair gigi tu sebab ko tengah berduit skng. Setakat 5,6k apalah sangat kan bukan bayar sedebuk pun. Ko retis tlgla upgrade sikit gigi dan gaya rambut. Hitam takpa memang xleh ubah. Tapi gigi benda penting kalau tak busuk dan mudah rosak. Plus penampilan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah2 lah tu kecam sbb rupa kan. aku ok je tgk lawak dia dlm tt tu kelakar la juga. takdelah sampai sprongg tgk sampai gigi berlubang dia
rasa ryan ni dikecam sbb tak ckp hensem kot. tp takdelah buruk kannn. yg penting takde perangai kerek cam mat formula. |
|
|
|
|
|
|
|
mcmlah pg kelas vokal tu habis program nanti ko dpt sign records label buat album ke berkonsert ke....
kkdg tv producer nak kan rating je so sauk jela influenza sape pon |
|
|
|
|
|
|
| |
|