CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 943|Reply: 0

[Perlis] Bunuh isteri: Jiran terkejut, simpati nasib dua anak mangsa

[Copy link]
Post time 30-9-2023 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh isteri: Jiran terkejut, simpati nasib dua anak mangsa

30 September 2023  07:00pm





Laporan Sinar Harian pada Sabtu.




ARAU - Jiran kepada lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di sini pagi tadi, mengakui terkejut dengan kejadian berkenaan.

Mad Radzi Ismail, 41, yang tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa berkata, pasangan yang dikenali sebagai ‘Mun’ dan ‘Lan’ itu, dikenalinya sejak empat tahun lepas.


Beliau juga memaklumkan tidak pernah mendengar pasangan itu bertengkar, sepanjang mereka berjiran.

"Saya balik daripada bekerja kira-kira jam 8 pagi tadi dan tidak mensyaki apa-apa, dan hanya sempat melihat suspek keluar daripada rumah dalam keadaan tergesa-gesa kira-kira jam 9 pagi,” kata bapa kepada dua anak itu kepada Bernama di sini.



Mad Radzi yang bekerja di sebuah kilang di sini juga menzahirkan rasa simpati terhadap nasib dua anak lelaki pasangan itu, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun.

"Saya simpati dengan anak-anak mangsa yang masih kecil. Mereka memanggil saya 'ayah' kerana kerap bermain di rumah saya,” katanya.


Polis hari ini menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang disyaki menikam mati isterinya, 31, dengan sebilah pisau, di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, di sini. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.057600 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list