CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1163|Reply: 1

[Perlis] Suami tikam isteri hingga maut akibat cemburu

[Copy link]
Post time 30-9-2023 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Suami tikam isteri hingga maut akibat cemburu

oleh   WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR  30 September 2023   04:16pm





Anggota forensik IPK Perlis ke lokasi kejadian di rumah mangsa yang maut ditikam suaminya pada Sabtu.




ARAU - Seorang pesara tentera menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis selepas menikam isterinya hingga maut dipercayai akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, di sini pada pagi Sabtu.

Mangsa berusia 31 tahun merupakan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar meninggal dunia selepas ditikam dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.


Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi, suspek berusia 38 tahun dipercayai mengesyaki isterinya itu telah berlaku curang dan dipercayai bergaduh dengan mangsa di ruang tamu rumah semasa mangsa mahu keluar bekerja.

"Polis mengesyaki pergaduhan berlaku semasa mangsa ingin keluar bekerja kira-kira jam 6 pagi.


"Semasa pergaduhan berlaku, suspek telah menikam mangsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri,” katanya pada sidang akhbar dekat sini pada Sabtu.

Jelas Ahmad Mohsin, suspek kemudiannya telah memindahkan mangsa yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur rumah tersebut.


Menurutnya, lelaki itu juga menghantar dua anak mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh sebelum menyerahkan diri di pondok pengawal IPK Perlis pada jam 10 pagi pada Sabtu.

"Selepas suspek menyerah diri, polis melakukan siasatan ke atas rumah dan menemui mangsa yang ditutup dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama.


"Siasatan turut menemui satu kesan tikaman pada bahagian dada kiri mangsa sedalam kira-kira dua sentimeter.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat," ujar Ahmad Mohsin.

Tambahnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek juga didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Permohonan reman ke atas suspek pula akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kangar esok (pada Ahad)," kata beliau.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2023 12:20 AM | Show all posts


TANGKAP layar laporan TV3 mengenai jururawat yang maut dipercayai ditikam suaminya di rumah mereka di Jalan Padang Nyu, Arau, hari ini.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.297195 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list