CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3644|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lebih 10,000 puntung rokok dikutip tak sampai sejam

[Copy link]
Post time 30-9-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode

Sukarelawan menunjukkan sebahagian puntung rokok yang berjaya dikutip sempena sambutan Hari Pembersihan Sedunia dan Hari Ozon Sedunia 2023 di Pantai Saujana. FOTO AZRUL EDHAM

Port Dickson: Lebih 10,600 puntung rokok berjaya dikutip dalam masa kurang sejam di satu program sempena Hari Ozon Sedunia dan Sambutan Hari Pembersihan Sedunia di Pantai Saujana di sini hari ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pihaknya bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta 400 sukarelawan komuniti setempat untuk membersihkan kawasan sekitar Pantai Saujana.

"Kami bersama pelbagai agensi khususnya JAS Negeri Sembilan dan pihak berkuasa tempatan yang bergabung tenaga membersihkan pantai bagi meningkatkan kesedaran orang ramai pentingnya menjaga lapisan ozon bumi yang semakin menipis.

"Ia bertujuan mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kesedaran mengenai isu alam sekitar yang semakin kritikal yang mana semua pihak harus bekerjasama menekankan kepentingan pemeliharaan lapisan ozon serta tanggungjawab," katanya.

Beliau berkata, usaha membersihkan pantai seharusnya lebih kerap diadakan dari masa ke semasa agar pantai sentiasa bersih daripada pencemaran hasil pembuangan sampah pengunjung.

"Walaupun kita difahamkan banyak agensi sama ada swasta atau kerajaan menganjurkan program kutip sampah di pantai tetapi dalam masa tidak sampai satu jam program ini dijalankan, banyak sampah dikutip terutamanya puntung rokok.

"Antara sampah yang berjaya dikumpulkan ialah puntung rokok (10,651), plastik (636), beg plastik (592),
penutup botol plastik (203) dan botol plastik (178), keseluruhannya seberat 98.5 kilogram," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ip-tak-sampai-sejam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.474213 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list