CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4961|Reply: 0

Mohd Nasri pemangku Pengarah JSPT

[Copy link]
Post time 30-9-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) 1, Datuk Mohd Nasri Omar memangku jawatan Pengarah JSPT.

Ia sebagai menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang bersara wajib, hari ini.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kassim; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali.

Majlis serah terima tugas dimulakan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara Mat Kasim dan Mohd Nasri.

Turut diadakan upacara serah terima tugas pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JSPT antara Datin Seri Hayati Dali dengan Datin Hamidah Hashim disaksikan Naib Pengerusi Perkep Malaysia, Datin Seri Zalena Mohd Ariffin.



AYOB Khan (tengah) menyaksikan Mat Kasim (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Mohd Nasri ketika majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pulapol Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Sementara itu, Ayob dalam ucapannya berkata, persaraan Mat Kasim menjadi kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disifatkan bukan saja komited dalam tugas tetapi mempunyai personaliti yang menghiburkan.

Malah, beliau berkata, Mat Kasim adalah individu yang memperkenalkan penambahbaikan saluran penyelesaian saman PDRM melalui platform atas talian pada Mac 2021.

"Penambahbaikan itu dilaksanakan dengan memperkenalkan aplikasi myBayar dengan ciri-ciri baharu yang mana ia boleh diakses oleh masyarakat dengan mudah.

"Melalui aplikasi itu, sebanyak 58 peratus saman diselesaikan secara atas talian pada 2022," katanya.

Beliau berharap usaha serta inisiatif yang diperkenalkan itu dapat diteruskan oleh peneraju baharu JSPT selepas ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angku-pengarah-jspt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058893 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list