CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4518|Reply: 5

Britain Berdepan Ancaman Dadah ‘Frankenstein’

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode
London: Sejenis opioid atau dadah sintetik digelar ‘Frankenstein’ yang dianggarkan 40 kali ganda lebih berbahaya berban­ding fentanyl membimbangkan Britain, kata pakar-pakar dalam amaran mereka seperti laporan portal berita MailOnline kelmarin.


Dinamakan nitazene, dadah itu dihasilkan di makmal-makmal haram di China dan dise­ludup ke Britain menggunakan rangkaian penjenayah.


Gambar hiasan




Dadah sintetik itu yang dicampur bersama heroin kerana harganya murah, meningkatkan insiden pengambilan berlebihan dan kematian sejak beberapa bulan lalu.


Selain dicampur bersama dadah lain, nitazene juga dijual sebagai pil oxycodone atau serbuk Xanax, demikian menurut beberapa pertubuhan amal memerangi dadah.


Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa peningkatan penggunaan nitazene di Britain ‘amat membimbangkan’ dengan dadah yang menyebabkan ketagihan melampau itu berada di kebanyakan rantau.


“Kebanyakan penagih menye­dari mereka mengambil nitazene dan bukannya heroin apabila sedang nazak dan sudah terlambat,” kata mereka.


Nitazene pada asalnya dihasilkan sebagai ubat tahan sakit oleh syarikat farmaseutikal Switzerland, Ciba dalam tahun 1950-an tetapi tidak pernah dipasarkan.


Bahan itu bagaimanapun hanya muncul dalam kalangan penagih di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu dan diberi jolokan opioid Frankenstein kerana kesannya sungguh kuat.


Ia dipercayai tiba di Britain dua tahun lalu apabila Agensi Jenayah Kebangsaan pertama kali melihatnya dalam kalangan penagih yang mengambil dadah secara berlebihan.


Boleh didapati dalam bentuk serbuk, tablet dan cecair, nitazene disuntik, ditelan, diletakkan di bawah lidah, disedut atau dihisap menggunakan peranti vape.


Dadah itu mencetuskan pera­saan ‘lalok’, menghilangkan rasa sakit, relaks dan mengantuk. Namun, ia juga menyebabkan pengambilnya berpeluh, gatal dan mual.


Nitazene meniru kesan dadah semula jadi seperti morfin dan kerap kali dicampurkan bersama untuk menghasilkan koktel maut.


Pengguna biasanya tidak tahu mereka mengambil nitazene dengan polis mendapati sebilangan penagih yang menganggap mereka mengambil heroin, sebenarnya menggunakan nitazene bercampur parasetamol dan kafein.


Dalam tahun 2021 sahaja, sebanyak 24 kematian dikaitkan dengan isotonitazene iaitu sejenis nitazene di Britain.


Klinik-klinik pemulihan me­nyatakan, nitazene berasal daripada makmal-makmal haram di China.






Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini la cara China nak hancorkan kuase barat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74: Ini la cara China nak hancorka ...


Dulu pon barat guna opium juga waktu nak hancur kan cina dan jepun. Sejarah berulang sebab tu kena tahu sebab sejarah mmg repeated
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 30-9-2023 02:40 PM
Dulu pon barat guna opium juga waktu nak hancur kan cina dan jepun. Sejarah berulang sebab tu kena ...

Perang Candu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dadah b40


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 05:14 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 30-9-2023 01:08 PM
Ini la cara China nak hancorkan kuase barat..

covid x variant say hye
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.983030 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list