CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4465|Reply: 0

Ambil kisah halalan tayyiba

[Copy link]
Post time 30-9-2023 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Ambil kisah halalan tayyiba



JUAL beli antara penjual dan pembeli yang beriman dengan kewajipan mencari yang halal akan dikira sebagai amal kebajikan dan ibadah di sisi Allah SWT.


Peniaga dan pengguna Muslim wajib berusaha mendapatkan barangan keluaran Muslim sendiri sama ada daripada pembekal, pemborong, penjual sehinggalah kepada pengguna dalam kalangan Muslim sendiri.

Islam adalah agama yang menitikberatkan soal halal haram dalam segala aspek kehidupan Muslim termasuk aspek jual beli kerana ia terikat dengan hukum syarak yang boleh mengundang perkara berbentuk dosa pahala dalam kehidupan seorang Muslim.

Islam tidak hanya berkaitan perihal solat dan puasa, tetapi ia melangkaui dari urusan mentadbir negara sehingga persoalan keluar masuk tandas sekalipun dibincangkan ilmuwan Islam.  

Soal keutamaan produk Muslim ini sebenarnya berasaskan kepada pemakanan halal yang sangat penting dalam Islam dan memastikan apa jua perkara yang dibeli sama ada pakaian, kenderaan dan rumah sentiasa halal. Begitu juga produk yang bentuk perkhidmatan (service) seperti khidmat gunting rambut, dobi, penghantaran makanan dan sebagainya sedaya kemampuan mesti daripada perkhidmatan seorang Muslim.

Hal ini kerana setiap sen yang keluar dari saku seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain akan dikira sebagai amalan soleh di sisi Allah SWT kerana membantu Muslim yang lain.

Apabila seorang penjual Muslim itu menjadi kaya raya dek sokongan daripada pengguna Muslim yang lain, maka kekayaannya itu akan mengalir kepada Muslim yang lain dalam bentuk zakat, sedekah, biasiswa, derma, sumbangan dan bantuan yang memudahkan urusan kehidupan Muslim yang lain.

Amalan mengutamakan produk Muslim ini termasuk dalam perkara tolong-menolong dalam kebajikan yang selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Tolong menolonglah dalam kebaikan dan ketaqwaan." (al-Māidah: 5) yang jelas menyuruh manusia khususnya orang Islam supaya saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Umat Islam perlu buang sikap hasad dengan kekayaan Muslim yang lain, sebaliknya kita perlu bersangka baik semoga kekayaan yang dimilikinya mengalir kepada golongan fakir miskin dalam bentuk amal kebajikan.

Ada juga sikap takut umat Islam untuk menguntungkan Muslim yang lain sehingga sanggup terbabit dengan amalan perniagaan ribawi, pengabaian perkara halal dan haram serta tidak mengambil kisah mengenai konsep  halalan tayyiba.

Jika umat Islam memahami keutamaan ini dan mempraktiskannya dalam urusan jual belian harian, maka sistem ekonomi Islam dapat diperkukuhkan dan sekali gus ia menjana kekayaan dalam kalangan umat Islam itu sendiri. Tanpa mengira produk Muslim itu mungkin mahal sedikit, agak sukar dicari atau jarak yang jauh, maka produk Muslim dapat dipasarkan ke seluruh pelosok pengguna Muslim tanpa syak dan ragu.

Kesedaran ini penting sehingga ada badan bukan kerajaan (NGO) yang melaungkan kempen  Buy Muslim First  (BMF) sebelum ini sebagai satu isyarat penting kepada umat Islam supaya menyedari betapa penting umat Islam memastikan makanan, minuman, pakaian sehingga urusan perbankan sekalipun mesti bersumberkan produk dan perkhidmatan yang berteraskan Islam.

Nu'man Bin Basyir RA meriwayatkan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, manakala antara kedua-duanya pula mustasyabihat (kesamaran) sedangkan ramai manusia yang tidak mengetahuinya. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara mutasyabihat, maka dia telah memelihara agama dan maruahnya. Sebaliknya orang yang berada dalam perkara mutasyabihat, maka dia telah terjerumus ke dalam yang haram." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadis ini jelas memberi amaran kepada kita (umat Islam) supaya wajib memastikan urusan kehidupan kita bersih dan suci daripada perkara yang haram, bahkan yang samar sekalipun.

Sementara perkara yang halal pula wajib diutamakan supaya kita terselamat daripada makan minum yang haram, jual beli yang kotor, pakaian yang syubhah dan tempat tinggal yang tidak selamat.

Ini tanggungjawab seluruh umat Islam khususnya pemilik, pengeluar, pembekal, pemborong dan penjual Muslim supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan jihad ekonomi Islam ini.

Natijahnya apabila ekonomi umat Islam kuat dan stabil, maka umat Islam tidak perlu bergantung dengan produk yang tidak halal lagi meragukan. Sebaliknya pengguna Muslim mempunyai pilihan produk dan perkhidmatan keluaran Muslim yang banyak dan pelbagai.

Mari kita menanam semangat dan kesedaran ini dalam jiwa supaya kita membeli produk Muslim yang pastinya  halalan tayyiba.

Insya-Allah jual beli antara penjual dan pembeli yang beriman dengan kewajipan mencari yang halal akan dikira  sebagai amal kebajikan dan ibadah di sisi Allah SWT.   



Penulis Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... sah-halalan-tayyiba

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039506 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list