View: 4163|Reply: 0
|
Liga Pro Saudi mahu 'pancing' pengadil EPL
[Copy link]
|
|
Liga Pro Saudi mahu 'pancing' pengadil EPL
PENGADIL EPL sasaran Liga Pro Saudi. FOTO Agensi
Riyadh: Selepas memborong ramai pemain ternama dunia ke Liga Arab Saudi, kini difahamkan negara Asia Barat itu mahu memancing pengadil dari Liga Perdana Inggeris (EPL) mengadili perlawanan liga di negara itu.
Sebelum ini, Liga Pro Saudi berjaya membawa masuk bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzima, Neymar, Roberto Firmino, Ruben Neves dan ramai lagi.
Malah, jurulatih-jurulatih terhebat dunia juga berjaya di pancing antaranya legenda Liverpool, Steven Gerrard yang bersama Al-Ettifaq serta Nuno Espirito Santo yang membimbing Al-Ittihad.
Kini penganjur saingan Liga Pro saudi itu merancang untuk membawa masuk pengadil-pengadil antarabangsa dari New Zealand, Paraguay dan Argentina untuk mengadili perlawanan-perlawanan istimewa.
Namun sasaran mereka kini adalah menawarkan kontrak sekurang-kurangnya semusim kepada pengadil-pengadil luar bagi memastikan liga mereka berjalan lancar.
Malah, mutu pengadilan di Saudi juga sebelum ini dipersoalkan termasuk kritikan bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Clattenburg yang menyatakan ketua pengadil di negara itu tidak memuaskan serta tidak memahmi peraturan asas pada tahun 2017 dan 2018 lalu.
Gaji di liga saudi dijangka lumayan dan bakal menjadi tarikan buat pengadil di Liga Perdana Inggeris untuk berhijrah ke Arab Saudi.
Jika ia menjadi kenyataan, tarikan liga di Eropah mungkin terus merosot selepas sebelum ini kehilangan ramai pemain ternama yang memilih ke saudi.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ancing-pengadil-epl
|
|
|
|
|
|
|
| |
|