|
George Town: Seorang pekerja pembersihan menemui satu mayat bayi perempuan dipercayai cukup sifat di dalam sebuah lori sampah di kawasan perumahan flat di Bandar Baru Air Itam di sini, pagi tadi.
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi cukup sifat di sebuah kawasan perumahan flat di Air Itam, pagi tadi.
Mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang pemandu lori sampah terbabit ketika sedang melakukan kerja-kerja memungut sampah di blok perumahan berkenaan, kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan yang pihaknya menerima laporan penemuan mayat bayi tersebut.
“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Sumber: Kosmo! Online |
|