View: 9088|Reply: 0
|
TMJ hadiahkan dominasi sedekad untuk keluarga JDT
[Copy link]
|
|
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim. FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) menganggap kejayaan kelabnya menjuarai Liga Super sebagai hadiah teristimewa buat seluruh penyokong JDT.
Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Tunku Ismail akui kejayaan anak buah Esteban Solari menoktahkan kejuaraan liga pada musim ini selepas menundukkan PDRM FC malam tadi cukup istimewa.
Katanya ia adalah kejuaraan ke-10 berturut-turut dan ia hadiah buat penyokong JDT yang juga sebahagian 'keluarga' pasukan itu.
"Ini (kejuaraan Liga Super ke-10) untuk anda keluarga JDT," tulisnya berserta gambar grafik kejuaraan ke-10 Harimau Selatan.
Dalam pada itu, bekas pemain JDT, Safee Sali turut mengucapkan tahniah kepada JDT selain menyifatkan kejayaan itu menyerlahkan kredibiliti TMJ dalam memacu Harimau Selatan ke tahap terbaik.
"Jadi juara Liga Super selama sedekad. Sepuluh tahun berturut-turut memang satu pencapaian yang menakjubkan. Mempunyai seorang figura seperti TMJ amatlah terserlah kredibiliti dan mempunyai kelas yang tersendiri.
"Saya amat berbangga dengan pencapaian JDT dan banyak kenangan terindah bersama kelab ini. Memang nombor 10 yang teramat istimewa.
"Ini adalah contoh terbaik buat semua kelab dengan mempunyai semua fasiliti terbaik, pengurusan yang baik, kebajikan yang selalu diutamakan dan akademi yang bagus," kata Safee di laman Facebook miliknya.
Anak buah Solari mengesahkan kejuaraan Liga Super selepas membelasah PDRM 4-0 pada aksi ke-22 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Kejayaan itu menyaksikan Harimau Selatan terus melakar sejarah besar apabila mempertahankan kejuaraan Liga Super selama sedekad sejak 2014.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -untuk-keluarga-jdt |
|
|
|
|
|
|
| |
|