View: 2574|Reply: 0
|
Miami bergelut tanpa Messi, Alba
[Copy link]
|
|
Houston Dynamo menewaskan Inter Miami 2-1 untuk menjuarai Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Stadium DRV PNK, Fort Lauderdale, Florida. - Foto AFP
FORT LAUDERDALE, Amerika Syarikat: Houston Dynamo menewaskan Inter Miami 2-1 untuk menjuarai Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Lionel Messi sekadar memerhatikan kekalahan pasukannya dari tempat duduk penonton di Stadium DRV PNK selepas bintang Inter Miami itu masih belum pulih daripada kecederaan.
Tanpa Messi dan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Jordi Alba, Miami bergelut untuk menandingi Houston dan terpaksa akur dengan kekalahan berkenaan.
Pemilik bersama Miami, David Beckham yang menyaksikan perlawanan final itu dengan bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Zinedine Zidane, kempunan untuk merangkul trofi kedua selepas Piala Liga bulan lalu.
Kecederaan Messi tidak dinyatakan secara jelas tetapi pengendali Miami, Gerardo Martino berkata ia adalah kesan kecederaan lampau.
"Dia tidak cukup cergas untuk diturunkan dan kami tidak mahu mengambil risiko hanya dengan memainkannya beberapa minit.
"Dia pasti akan bermain semula sebelum liga berakhir. Kita akan lihat semula situasinya," kata Martino.
Miami masih mempunyai baki lima perlawanan dalam kempen Major League Soccer kali ini.
Houston membuka jaringan menerusi Griffin Dorsey pada minit ke-24 dan melebarkan kedudukan hasil sepakan penalti Amine Bassi.
Pemain gantian, Josef Martinez meledak gol tunggal Miami selepas mendapat hantaran Facundo Farias dalam masa kecederaan. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ut-tanpa-messi-alba |
|
|
|
|
|
|
| |
|