CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18735|Reply: 26

Bad Indigo Idam Alat Bantuan Berjalan

[Copy link]
Post time 27-9-2023 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Bad Indigo, 48, mencari solusi untuk membeli alat bantuan berjalan dikenali sebagai X-Leg yang hanya terdapat di California, Amerika Syarikat berikutan pengeluarnya tidak mengirimnya luar dari negara itu.


Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, alatan berharga sekitar RM5000 itu turut disarankan oleh juru fisioterapi bagi memudahkan dia bergerak sekali gus memberikan keselesaan buatnya.






"Sekarang ini tapak kaki kiri saya sudah bengkok ke dalam setelah ke semua jari dipotong, akibatnya saya tak boleh pijak lantai langsung kerana akan terasa sakit.


"Saya terjumpa X Leg itu secara tak sengaja di YouTube, alat itu paling baik untuk saya kerana dapat menyokong kaki. Jadi alat itu boleh tolong saya untuk berdiri tanpa perlu berpijak pada lantai.


"Jika dapat beli alat itu, mudahlah sikit saya nak bergerak. Selain itu bolehlah saya terima undangan nyanyian. Sekarang ini penganjur pun tak panggil, mungkin mereka takut menyusahkan saya naik ke pentas sebab berkerusi roda.


"Sekarang ini saya sedang memikirkan cara bagaimana untuk dapatkan alat itu kerana tiada 'shipment' ke luar negara.Sama ada saya sendiri kena ke sana atau saya kena kirimkan pada sesiapa," katanya.


Penerima bantuan, Bard Indigo, Ibnoor Reza, Zaiton Sameon, Maimunah Ahmad dan Mak Wan Latah bersama penaja ketika ulangtahun MStar ke-18 di Menara Star. FOTO AZIAH AZMEE




Biarpun belum mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan alat bantuan berkenaan, Bad pasti ada jalannya jika sudah menemui solusi membeli alatan canggih itu.


"Kos untuk ke sana pun bukan murah, namun paling jauh pun mereka boleh pos adalah ke Kanada tapi masalahnya saya pun tiada kawan di situ. Alat itu dicipta oleh individu yang pernah patah kaki untuk membantunya bergerak tanpa menggunakan tongkat.


"Tapi masalah kaedah pembelian sangat rumit, malah bila saya minta invois pun mereka tak beri sebab saya berada luar daripada Amerika Syarikat. Jadi selagi belum ada keperluan, saya tak mohon bantuan dulu.


"Walaupun layak untuk mendapatkan zakat dan bantuan lain kerana status Orang Kelainan Upaya (OKU), tapi saya tak gunakan. Bagi saya belum ada keperluan kerana saya masih mampu bekerja.


"Lagipun saya tak nak bantuan itu menjadikan saya malas untuk bekerja sebaliknya hanya mengharapkan duit masuk setiap bulan. Jadi selagi ada kudrat biarlah saya bekerja," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 10:48 PM | Show all posts
rm5k jah... china or japan mesti ada jugak... suruh kenalan doktor riki2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih bersama RDM ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari kat youtube xLeg tak jumpa pun alat nya. Cmna rupa xLeg tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
5k pon xde ke??? Kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:48 AM | Show all posts
antidote replied at 27-9-2023 11:28 PM
Cari kat youtube xLeg tak jumpa pun alat nya. Cmna rupa xLeg tu

ni kot


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2023 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 28-9-2023 12:48 AM
ni kot

Ooo ok tenkiu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
babycc replied at 28-9-2023 12:43 AM
5k pon xde ke??? Kesian..

5k tu dia mampu kot

Yg problem nya alat tu x boleh di courier. Either ada org tolong ambil kan atau dia pergi sana utk ambil.  Cuma setahu SG kaki palsu ni kena org tu sendiri ambil sbb nak cek fitting kaki tu. Mungkin juga teknologi kaki palsu tu, x perlu fitting ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2023 08:11 AM | Show all posts
sleepandream replied at 27-9-2023 10:48 PM
rm5k jah... china or japan mesti ada jugak... suruh kenalan doktor riki2 kan

kalau boleh barang melibatkan kesihatan, elektronik jgn beli dari china, takut pakai jadi transformer megathron. low quality..setuju beli dari original pengeluar amerika. moga urusan bad indigo dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 28-9-2023 07:10 AM
5k tu dia mampu kot

Yg problem nya alat tu x boleh di courier. Either ada org tolong ambil kan at ...

Die cakap "duit masih x mencukupi membeli alat itu" so x mampulah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:12 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 28-9-2023 07:10 AM
5k tu dia mampu kot

Yg problem nya alat tu x boleh di courier. Either ada org tolong ambil kan at ...

oh isu nak fitting.ok2 faham
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasb ashira blah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluar cerita perlukan kaki x leg lagi bagus..drpd keluar cerita dia dgn gf khayalan dia tu[em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 11:32 AM | Show all posts
babycc replied at 28-9-2023 12:43 AM
5k pon xde ke??? Kesian..

benda tu tak di hantar ke luar US. nak kena pergi sana, beli kat sana, then bawa balik msia..
bukan bantuan 5k tu yg dia minta, rasanya... bantuan utk bawa benda tu balik sini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca lah sampai habis. Dia tak mintak bantuan zakat pun walaupun oku sebab nak usaha cari duit sendiri. Bukan dia takde 5k tapi nak kena pergi US semua tu yang masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:40 PM | Show all posts
semoga adalah yg dpt bantu si bad ni bawak keluar alat tu dari US dan bawa dtg sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2023 02:44 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-9-2023 08:11 AM
kalau boleh barang melibatkan kesihatan, elektronik jgn beli dari china, takut pakai jadi transfor ...

iphone pun made in china chuols... as most electronic device in our household
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 02:48 PM | Show all posts
sleepandream replied at 28-9-2023 02:44 PM
iphone pun made in china chuols... as most electronic device in our household

ok tq for reminder. tu apple outsource pengilang cm foxcon . bukan standard kualiti semua produk elektronik di china.

even spare part kereta oem taiwan lg bagus daripada china dari segi kualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak xnak kena pegi sana. Try pakai. Klo x sesuai xpayah beli.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Solusi calon bini halusinasi beliau Tu dh dapat lom?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.056097 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list