CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 973|Reply: 4

Najib Razak Dibenar Ke Mahkamah Dengar Rayuan Saman RM1.9 Juta Terhadap Tommy Thomas

[Copy link]
Post time 27-9-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak, dibenarkan hadir ke mahkamah minggu depan untuk pendengaran rayuannya berhubung saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas atas dakwaan salah guna jawatan awam.


Rayuan bekas perdana menteri  yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun itu ditetapkan pada 4 Oktober di Mahkamah Rayuan. Najib mahu mengembalikan semula samannya yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.


Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk S. Nantha Balan, Datuk Azimah Omar dan Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan ex-parte Najib untuk mengeluarkan perintah mengemukakan (OTP) Najib dari penjara bagi menghadiri prosiding rayuannya.


Foto: Harian Metro




Ini selepas peguam Daniel Annamalai memohon OTP dikeluarkan atas alasan prosiding rayuan itu akan diadakan secara fizikal.


Pada 25 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan saman Najib terhadapnya yang mendorong Najib memfailkan notis rayuan pada 22 Disember.


Dalam samannya, Najib mendakwa beliau dituduh melakukan rasuah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).


Thomas adalah Peguam Negara dari 4 Jun 2018, hingga 28 Februari 2020.


Dalam saman yang difailkan pada 22 Oktober 2021, Najib berkata pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.


Beliau memohon pengisytiharan bahawa Thomas melakukan penyelewengan dalam jawatan awam serta menuntut ganti rugi sebanyak RM1.9 juta, termasuk yuran rundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta bagi menangani pendakwaan terhadapnya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel najib
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah tunjukkn kebenaran dan kemenangan bg yg benar. Dan Semoga Allah timpakan azab yg pedih buat mereka2 yg membuat fitnah dan huru hara pada negara. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nampak tersenyum sebab nak saman Thommy Thomas.

Tapi kening dah nampak gugur seperti digigit tikus mondok..apa pendapat @CiliPadiSedap
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:15 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.377562 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list