CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6284|Reply: 79

"Tak Suka Tengok Artis Dan Pengacara Sendu, Tak Payah Tengok!"-Datuk Aishah Bengang Ramai Kutuk All Stars Gegar Vaganza

[Copy link]
Post time 27-9-2023 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Disebabkan ramai yang kutuk program All Stars Gegar Vaganza (GV), Datuk Aishah tampil mempertahankan program realiti nyanyian itu.


Aishah mencadangkan agar mana-mana pihak yang kurang senang dengan penerbitan program berkenaan untuk tidak menonton rancangan tersebut.


Foto: IG




"Tak suka tengok artis sendu, tak payah tengok. Tak suka tengok pengacara sendu, tak payah tengok.


"Tak suka format rancangan, tak payah tengok. Tak suka apa-apa pun, tak payah tengok atau terlibat," katanya di IG


  




Tidak menyatakan kepada siapa status itu ditujukan, juara GV musim keempat itu menegur tindakan segelintir pihak menulis komen melampau mengkritik mengenai program berkenaan.




  



"Kau siapa nak komen macam kau terpaling betul dan berhak kat dunia ni? Bagi la kami-kami yang suka tengok. Tak kacau pun periuk nasi kau kan?" soalnya.


Pada minggu pertama yang berlangsung Ahad lalu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila All Stars Gegar Vaganza menampilkan gabungan tiga pengacara iaitu Nabil Ahmad, Jihan Musa dan Elly Mazlein.


Bagaimanapun, Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil kira maklum balas orang ramai terhadap perkara tersebut dan akan mengambil tindakan yang terbaik bagi memastikan program itu berjalan lancar.




  



GV pada kali ini akan menampilkan 15 finalis yang mana 10 daripadanya adalah pemenang-pemenang daripada musim lalu dan lima lagi adalah daripada kerusi hot seat yang akan dipilih oleh peminat.


Program tersebut akan berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, pukul 9.00 malam dan ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).-CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 05:16 PM | Show all posts
Edited by prince_marhaen at 27-9-2023 05:42 PM

semoga melingkup....

ada je nak merempan, menang ke kalah ke, kena tipu ke, potong perut ke, dari gemok ke kurus, sampai perasan lawa boleh pakai baju lawa2 ada glam team......meremmmmmmmmmmpaaannnn je hidop kau.

PENONTON BAYAR ASTRO, BERHAK LAH PILIH RANCANGAN BERKUALITI, BUKAN DRAMA HIDOPPPP KAU JE.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen subscribe astro bukan pree
Suke hati la nak kutuk ke komen
Yg bagitau satu dunia dah blhpakai baju xs tu pun LApar Perhatian kan

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sentap kedudukan ko second last ke tu tokecah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 05:34 PM | Show all posts
Ya ampun Ecah oiii... yang bitter tak tentu pasal dah nape??
Ke malu sebab bottom 2??

lenkali tayah over confident sangat yer... kemahen konon ugut nak gantung mic... ade kitorang kessah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Abaikan je lah kecaman2 netizen tu kak oiii
Gunakan masa kau buang tengok media sosial tu utk perbaiki teknik nyanyi kau
Kalau dilayan sgt pun sia2 je
Kau cakap baik mcmmanapun tetap diorang boleh pusing jd negatif kat pihak kau
Baik diam je
Tumpu pd pertandingan skrg,baiki kekurangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2023 06:00 PM | Show all posts
hahahhahaa... dia sedar tak tu kalau ASTRO tu berbayar????
hahahhahaha... lain ler ko buat show kat padang merdeka tu ker... kat pasar malam ker... boleh ler ko cakap camtu... hahahhahaa...

kita org bayar la weeeyyy... bayar tiap2 bulan ler.... harus ler kita org nak tengok yang best.. suara merdu... hahahhahahaha....

sentap... sentap... sentap.... hahahahhahaa...
berpisah tiada....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin tua makin bitter dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dh kata. Nek Cah akn berbunyik punya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 06:56 PM | Show all posts
yela... GV kan dah macam program tv no. 1 negara... mestilah ramai tengok and ramai nak bagi pendapat...

macam penyanyi bernombor la... semua nak komen itu ini... benda hot khen... kalau sendu tak sape dulik pon.... aaaagitewwww
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Belom apa² dh merempan..dia ni rasanya ada attitude problem jugak la sjak zaman dlu. Tu sbb asik bergadoh sana sini. Dgn syarikat rekaman x pernah aman damai. Acah² dia sorang bijak.

Tp ciri² dia ni boleh jd menteri, sayang aritu kalah masa bertanding teket PAS. Kalau tidak, kalah mat sabu punya populariti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun aku LOVE KETAT KAT DATUK AISHAH..AKU MEMBESAR DGR LAGU DIA
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
udahla nek oi..org lain makin tua makin tone down dia ni asik merempan je dr dulu sampai ajm kot..attitude problem sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak mesti tak best.. bohsan cam tgk konsert diraja.. naqui je best
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
rilek2 je nek
bior le deme nk ckp apaaaaaaaaaaa
nek nyanyi je la sedap kat konsert
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 09:17 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 27-9-2023 06:00 PM
hahahhahaa... dia sedar tak tu kalau ASTRO tu berbayar????
hahahhahaha... lain ler ko buat show kat  ...

cuba tolong tepek kat dahi dia perkataan berbayar tu kot2 dia dah nyanyuk terlupe
tulah tau melalak je
sia2 je ngaji kat NZ


eh mmg tak tengok la prog so yesterday neh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek ni ada mid- life crisis ke? Asyik merempan je keje dia. Wpon dia masih dlm proses menyaman penaja gv hauk tp tetap la dia hadap join program tahpape ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 08:29 AM | Show all posts
kenapa dia cakap macam cartoon?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat lobby mana retis2 tu bergambar? Dengan kusi merah pun ada sekali. Kenapa nampak mcm teruk je tempat tu? Dah mcm kat lobby flat ppr plak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya malu dapat bottom 2 kan kak ecah Spesis manusia yg langsung tak boleh terima kritikan ni sepatutnya jgn masuk apa2 pertandingan dok diam2 dlm gua je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064152 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list