CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 761|Reply: 0

[Sabah] Banjir di Sabah pulih, PPS Selagon ditutup

[Copy link]
Post time 27-9-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Selagon, Beaufort dihantar pulang dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) setelah keadaan banjir mulai pulih. NSTP/Ihsan APM

BEAUFORT: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon, di sini, yang dibuka sejak Jumaat lalu bagi menempatkan mangsa banjir di daerah ini, ditutup secara rasmi jam 10.30 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort, Mohd Nazri Ajun, berkata penutupan itu selepas keadaan banjir di kawasan terjejas sekitar daerah ini pulih, hari ini.

"Hasil pemantauan dan penilaian oleh agensi keselamatan di bawah JPBD, keadaan banjir telah pulih sepenuhnya.

"Dengan ini, saya mengisytiharkan penutupan PPS di Selagon, Beaufort pada jam 10.30 pagi," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.



Penutupan itu dilakukan selepas 134 mangsa terakhir yang berada di PPS berkenaan sehingga jam 8 pagi tadi dihantar pulang ke rumah masing-masing.

Penghantaran pulang mangsa banjir dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

PPS Selagon dibuka sejak Jumaat lalu berikutan peningkatan paras air Sungai Padas yang melimpahi tebing hingga menjejaskan lebih 200 mangsa daripada 70 keluarga.

Pemindahan mangsa ke PPS berkenaan bermula Jumaat hingga Ahad lalu sebelum beransur kurang mulai kelmarin apabila beberapa kawasan terjejas banjir, surut.

Kebanyakan mangsa adalah dari Kampung Suasa, Bangkalalak, Berumbai, Bakalau dan Lago.

Berikutan itu penutupan PPS berkenaan, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Beaufort turut ditutup bermula jam 12 tengah hari tadi.
https://www.bharian.com.my/berit ... pps-selagon-ditutup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.171398 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list