CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1341|Reply: 0

[Kedah] ‘Ibu, ayah di syurga, empat beradik tumpang kasih bapa saudara’

[Copy link]
Post time 27-9-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode

EMPAT anak Allahyarham Ridzuan Salleh dan Rosmawati Ismail yang maut dalam kemalangan di Kilometer 87, Lebuh Raya Utara-Selatan pada 14 September lalu.

GURUN – “Ibu dan ayah sekarang berada di syurga.”

Itu kata-kata Muhammad Ridz Danial, 5, setiap kali bercakap tentang arwah ibu, Rosmawati Ismail, 39, dan bapanya, Ridzuan Salleh, 42, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 87 Lebuh Raya Utara-Selatan pada 14 September lalu.

Pasangan suami isteri itu me­ninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Benelli TNT yang mereka naiki merempuh belakang jip tentera.

Menurut abang sulung Muhammad Ridz Danial, Muhammad Amirul Ikhwan, 17, adik bongsunya itu yang sebelum ini sering menangis dan menyendiri kini kelihatan lebih tenang.

“Adik nampak okay selepas tiga hari pemergian ibu dan ayah. Pada hari pertama dan ke­dua kejadian itu, dia sering menangis dan mencari mereka.

“Adik juga suka menyendiri dan enggan bercakap, namun selepas saya dan adik-adik lain menerangkan keadaan sebenar dan memujuknya, dia tidak lagi bersedih,” katanya ketika ditemui di Jeniang dekat sini.

Menurutnya, adiknya itu juga sudah boleh melihat gambar ibu bapanya yang disimpan di telefon bimbit berbanding pada hari kejadian.

“Setiap kali melihat gambar ibu dan ayah, adik akan berdoa semoga arwah ibu dan ayah tenang di sana (syurga). Malah dia juga sentiasa berdoa agar kedua-duanya sentiasa dalam peliharaan Allah,” ujarnya.


ANGGOTA bomba memadam kebakaran motosikal Benelli TNT di Kilometer 87, Lebuh Raya Utara-Selatan.

Tambahnya, dia dan tiga adik­nya termasuk Muhammad Alif Irfan, 15, Nurin Alya Iwanie, 12, sudah menerima kenyataan bahawa mereka kini anak yatim piatu dan tinggal bersama bapa saudara, Roslan Salleh, 57, di Kuala Ketil.

Malah, kesemua mereka telah bertukar sekolah dengan Muhammad Amirul dan adiknya Muhammad Alif belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri manakala Nurin Alya di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil.

Menurut Muhammad Amirul, dia bersyukur kehidupan mereka adik-beradik dijaga dengan baik selain mendapat sepenuh kasih sayang termasuk daripada ibu saudaranya, Suzana Muin, 56.

“Mereka tiada anak kecil dan adik dapat perhatian lebih, ­syukur dengan hubungan erat ini membolehkan kami menumpang kasih,” ujarnya.

Dalam kemalangan pada pukul 2.20 petang 14 September lalu, Ridzuan yang merupakan anggota tentera berpangkat ko­peral dan bertugas di Kem Hobart, Jeniang dekat sini maut akibat kecederaan parah dan melecur pada anggota badan.

Manakala isterinya, Rosmawati yang juga cedera parah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Kejadian dikatakan berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan menziarahi ibu Rosmawati yang sedang menerima rawatan di HSAH. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... kasih-bapa-saudara/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056828 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list