CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1301|Reply: 0

[Perlis] Banjir: PPS dibuka di Perlis

[Copy link]
Post time 27-9-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Arau. FOTO Ihsan APM

Arau: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir dibuka di Sekolah Kebangsaan Arau di sini, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, PPS berkenaan dibuka 5 petang tadi bagi menempatkan 18 penduduk membabitkan empat keluarga dari Kampung Titi Besi.

"Ini berikutan hujan yang berlaku menyebabkan kediaman mereka mula dinaiki air selepas air di Sungai Arau yang terletak berhampiran rumah mereka mula melimpah melepasi tebing," katanya kepada media, hari ini.

Beliau yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Perlis berkata, selain APM, agensi lain yang terbabit dalam kerja pemindahan mangsa banjir di Perlis termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Buat masa ini, hanya satu sahaja PPS yang dibuka di negeri ini dan sekiranya cuaca terus buruk selepas ini, mungkin terdapat keperluan untuk dibuka PPS di beberapa tempat lagi sekiranya banjir terus melanda," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ps-dibuka-di-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056614 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list