View: 726|Reply: 0
|
Lopez penyelamat Barcelona di Mallorca
[Copy link]
|
|
LOPEZ (kanan) meraikan jaringannya. FOTO REUTERS
Palma: Pemain muda, Fermin Lopez muncul penyelamat Barcelona ketika seri 2-2 di Real Mallorca, awal pagi tadi untuk mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas La Liga meskipun juara bertahan itu kehilangan dua mata.
Barcelona bangkit dari ketinggalan dua kali untuk memastikan keputusan seri selepas Vedat Muriqi membuka jaringan awal untuk tuan rumah, sebelum Raphinha menyamakan kedudukan.
Bagaimanapun Abdon Prats meletakkan Mallorca di hadapan sekali lagi dan Lopez yang berusia 20 tahun menyamakan kedudukan pada penampilan keduanya untuk kelab itu.
Girona dan Real Madrid, di tangga kedua dan ketiga, akan berdepan Villarreal serta Las Palmas awal pagi ini.
"Kecuaian ini tidak boleh berlaku lagi. Kita perlu perbaiki lagu. Tahun lalu kami begitu mantap dan banyak menumpukan perhatian di barisan pertahanan," kata Xavi kepada DAZN.
"Hari ini kami tidaklah beraksi terlalu teruk tetapi dua kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku kerana akibat kesilapan ini, kami kehilangan dua mata hari ini," katanya lagi.
Dengan aksi La Liga menentang Sevilla menanti pada Jumaat ini dan pertembungan Liga Juara-Juara Eropah dengan Porto minggu depan, Xavi merehatkan beberapa pemain tonggaknya.
Ia termasuk Robert Lewandowski yang pertama kali bermula di bangku simpanan musim ini manakalaFerran Torres beraksi di hadapan dan memberi peluang kepada pemain pertahanan, Inigo Martinez tampil kali pertama bersama-sama Ronald Araujo yang kembali cergas.
Ketiadaan Pedri dan Frenkie de Jong yang mengalami kecederaan menyebabkan Xavi mempunyai sedikit peluang untuk menggilirkan pemain di bahagian tengah.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rcelona-di-mallorca |
|
|
|
|
|
|
| |
|