CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 2

7 Tempat Wajib Dilawati Di Korea Selatan Untuk Peminat Sejarah

  [Copy link]
Post time 27-9-2023 09:52 AM | Show all posts |Read mode


Korea Selatan sangat terkenal dengan keunikan budaya dan tempat-tempat pelancongan.

Adakah anda sedang merancang untuk melancong ke negara terkenal dengan K-Pop ini? Adakah anda sudah tahu tempat-tempat menarik di Korea Selatan yang boleh anda kunjungi?

Untuk pencinta sejarah, disini ada senarai yang wajib anda lawati jika berkunjung ke Korea Selatan.


Istana Gyeongbokgung



Bangunan ini telah dibina pada tahun 1394 dibawah pemerintahan Raja Taejo, iaitu raja pertama dan pengasas Dinasti Joseon.

Gyeongbokgung Palace ini menempatkan Muzium Rakyat Kebangsaan dan juga Muzium Istana Kebangsaan negara Korea.

Istana ini terdiri daripada beberapa buah bangunan termasuklah Gangnyeongjeon (Dewan Gangnyeongjeon), yang digunakan sebagai ruang beradu utama dan ruang tamu utama raja.



Boleh dikatakan bahawa ia merupakan istana yang paling indah berbanding empat kembar istananya yang lain, yang mana berada di Seoul.

Gyeongbokgung Palace ini pada asalnya adalah sebuah kompleks besar-besaran menempatkan 330 buah bangunan dan 5792 buah bilik.

Namun begitu, kebanyakan bangunan ini telah musnah semasa penjajahan Jepun di Korea (1910-1945).


Sejak tahun 1989, kerajaan Korea telah melaksanakan proses pembinaan semula struktur-struktur yang telah musnah itu. Ini adalah tempat menarik di Korea yang wajib anda kunjungi.



Perkampungan Rakyat Korea



Tempat menarik di Korea ini adalah contoh yang dekat tentang masyarakat Korea.

Korean Folk Village merupakan muzium yang hidup dan ianya menduduki kawasan seluas kira-kira 243 ekar dalam persekitaran semula jadi yang terletak di Yongin-si, Wilayah Gyeonggi.



Terdapat lebih daripada 260 buah rumah tradisional Korea dibina semula di sini dari zaman Dinasti Joseon.

Pelbagai jenis bangunan dibina di sini, yang mewakili semua kelas sosial dan juga kawasan-kawasan yang berlainan di Korea Selatan.



Di dalam kampung pula terdapat restoran tradisional, pasar tradisional dan pelbagai bengkel yang mempamerkan barangan kraftangan tradisional Korea, temasuklah logam, kerja kayu, kipas, alat muzik dan banyak lagi.


Korean Folk Village juga merangkumi Muzium Rakyat yang mana merupakan sebuah Muzium Seni, mempersembahkan tarian-tarian tradisional, juga taman hiburan yang dilengkapi dengan kenderaan bermain, permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga.



Kuil Gyeongju Bulguksa




Bulguksa Temple ini terletak di Gunung Tohamsan di Taman Negara Gyeongju, Gyeongju.

Semasa pemerintahan Raja Gyeongdeok Silla (751), Kim Daeseong, perdana menteri pada masa itu mulai membina kuil ini. Ianya telah disiapkan ketika pemerintahan Raja Hyegong (774).

Walau bagaimanapun, sebahagian besar bangunan ini telah dibakar apabila Jepun menceroboh masuk ke Korea pada tahun 1593, semasa pemerintahan Raja Seonjo pada Zaman Joseon.



Hanya sebilangan bangunan sahaja terselamat daripada pencerobohan iaitu termasuklah Dewan Geungnakjeon, Jahamun Gate, dan Beomyeongru Pavilion.

Walau bagaimanapun, penggalian tapak dari tahun 1969 ke 1973 telah mendedahkan makluamt secukupnya untuk memulihkan tapak ini kepada keadaannya yang sekarang.



Zon Ketenteraan DMZ




Korean Demilitarized Zone adalah zon mampan yang terkenal sepanjang garis sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Zon DMZ ini adalah sepanjang 250 kilometer dan lebar 4 kilometer. Terdapat pelbagai tarikan disepanjang zon ini.

Tidak ada keraguan lagi bahawa DMZ merupakan salah satu pengalaman yang amat penting dalam mana-mana lawatan ke Korea, dan semangat yang menusuk ke dalam jiwa dan emosi memainkan peranan penting dalam satu budaya yang mana dianggap sebagai perpecahan antara kerohanian dan juga politik.



Ianya adalah gambaran terdekat yang anda boleh dapatkan bagi Korea Utara, melainkan ada perubahan kepada situasi persempadanan dua negara ini.

DMZ sebenarnya adalah zon penampan di antara kedua-dua negara ini, dan kebanyakan masa lawatan adalah melihat ke kawasan lapangan yang berada di antara dua negara dengan pemandangan persempadanan Korea Utara yang dikawal ketat.




Daratan yang terletak di antara dua sempadan ini sebenarnya adalah sama sahaja dengan negara lain yang menempatkan kuasa tentera di sempadan bagi tujuan keselamatan, namun secara ironiknya, ia merupakan satu pemandangan semula jadi yang cantik, yang menjadi habitat kepada pelbagai hidupan liar.


Kuil Haeinsa (Hapcheon)




Haeinsa Temple ini, yang terletak di pergunungan Kaya, adalah rumah kepada Tripitaka Koreana, iaitu koleksi lengkap akan teks Buddha, terukir pada 80, 000 blok kayu antara tahun 1237 dan 1248.



Bangunan-bangunan dari Janggyeong Pangeon yang bertarikh dari abad ke-15, telah dibina untuk menempatkan blok-blok kayu ini, yang mana dikagumi ramai sebagai satu kerja seni yang luar biasa.



Sebagai depositori tertua Tripitaka, mereka mendedahkan kepakaran yang menakjubkan akan penciptaan dan pelaksanaan teknik-teknik pemuliharaan yang digunakan bagi memelihara blok-blok kayu ini.


Istana Changdeokgung




Changdeokgung Palace atau Istana Changdeokgung merupakan diantara destinasi yang harus anda kunjungi jika anda berada di Korea Selatan.

Kami juga nak ingatkan anda supaya memperuntukkan masa yang lama jika anda ingin meneroka seluruh kawasan istana ini.



Di kawasan ini, terdapat sebuah taman yang sangat indah yang pastinya membuatkan anda terpukau.

Seperti berada di zaman bersejarah Korea, anda pasti sangat sukakan destinasi ini.

Disini juga terdapat beberapa buah kolam teratai dan dikelilingi oleh pokok-pokok yang berwarna warni terutamanya pada musim luruh.

Kawasan kolam ini juga dikenali sebagai taman rahsia sang Maharaja Dinasti Joseon.




National Museum of Korea




Mengunjungi muzium merupakan salah satu daripada cara paling mudah dan cepat untuk anda mempelajari mengenai sesebuah negara.

Jadi, National Museum of Korea merupakan destinasi yang terbaik untuk perkara ini jika anda ingin belajar lebih lanjut mengenai negara Korea Selatan ini.




Sebaik saja anda melangkah masuk kedalam muzium ini, anda akan terpegun dengan pamerannya yang tersusun kemas bermula dari zaman pra-sejarah sehinggalah zaman moden Korea Selatan.

Jangan risau kerana pameran ini lengkap dengan pengenalan dalam Bahasa Inggeris.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 04:18 PM | Show all posts
bila lah nak dapat awek korea sorang
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
anakjiran replied at 29-9-2023 04:18 PM
bila lah nak dapat awek korea sorang

Pi la menuntut drp kimchidoyan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.342280 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list