View: 9919|Reply: 53
|
★★biar papa asal bergaya...kisah dan kesannya★★
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by medangmru at 1-2-2011 13:42
Dont judge a book by its cover. Tapi ni la yg selalu kita buat. Andai orang tu bergaya, pasti akan dikelaskan sebagai orang kaya. Gaya mewah menunjukkan overhead atau beban kewangan yang tinggi. Bagi mereka yang mampu, tiada masalah. Apa yang menjadi masalah ialah orang berlagak mewah. Hakikatnya hidup menderita dan perlu berhutang sana sini.
Ramai dalam kalangan kita memang suka buat hutang.
Sebelum bekerja lagi dah diajar buat hutang
1. PTPTN
Masuk je u, gerenti mak bapak ngeluh nak bayar yuran asrama, yuran kredit, yuran library, yuran kesihatan dan pelbagai lagi yang telah ditetapkan oleh pihak U. Nak bayar sendiri? Mungkin yang anak manager or pegawai atasan tu boleh la. Kalau orang kebanyakkan mesti minta PTPTN. Yang mana bernasib baik, dapat la biasiswa. Kalau tak, maka kena la berhutang. Berhutang boleh je, dah grad belum tentu dapat kerja. Dah kerja plak belum tentu bayar PTPTN.
2. Laptop
Bagi yang kurang mampu, terpaksa la membuat bayaran ansuran semata2 nak gunakan laptop untuk buat assignment. Niat asal memang nak buat assignment, tapi selalunya penggunaan laptop ialah facebook, twitter, tengok movie dan main game. Ni hakikat yang pastinya tak kan ada orang nak bantah.
Baru masuk keje
1. Kereta
Baru masuk keje, average gaji antara rm2000 hingga RM3000. Bagi gomen, petronas mungkin blh cecah RM3500. Company swasta lain dapat range RM2300 hingga RM2700. Bagi gomen dapat la P1T1 yang mana gajinya 2088.25. Budak graduate ni jarang la nak naik public transport. Ada yang sanggup guna moto, tapi ada je yg tak rela naik moto. Nak je beli kereta baru sebab nak ada warranty. Beli kereta mana boleh cash klu nak ada warranty. Dah kena berhutang...
Pergi la ke kawasan flat kos rendah. Akan ada je BMW, Alphard etc parking kat bawah. Kalau la yang tu sewa, its ok la. Tapi ada je pemilik kereta tu stay kat flat kos rendah tu. Payah gak nak faham, pemilik kereta mewah tinggal kat rumah flat kos rendah.
2. Handphone
Xperia dan Omnia mungkin famous satu ketika dulu. Tapi skg ni dah semakin canggih. Iphone 4 tu dah jadi macam trend. Even budak sekolah pun dah mula berjinak dengan phone yang bernilai 4 angka. Memandangkan gaji pun tak seberapa, ada je yang sanggup ambil skim bayaran ansuran. Kesannya, hutang bulanan bertambah. Bila beli dengan hutang, harga tu boleh jadi lebih mahal berbanding cash. Ini kerugian tanpa sedar. Namun, apakan daya...tak kan nak pakai 3310 dalam tahun 2011 ni kan...
3. Kad kredit
Lepas 3 bulan dapat gaji, memang mudah dah nak approve kad kredit. Kad kredit ni bakal diguna waktu kecemasan (niat asal). Tapi lepas dah lama pakai, mula la nak menggatal. Minyak pakai kad kredit, Tesco pun kad kredit. Segala benda guna kad kredit. Lastly, tak sedar hutang dah nak cecah kredit limit. Masa tu mula la panik. Bila dah panik, mula la plan nak korek lubang tutup lubang. At last, beban kewangan meningkat..Pening kepala pun selalu datang..hehe
Bila dah agak lama kerja
1. Nak kahwin
Yang lelaki selalunya nak je berjimat, tapi apakan daya, kalau pengantin perempuan tu graduate, dah tentu hantarannya bukan murah. Family selalunya mesti nak jaga reputasi. Tak reti nak buat yang sederhana. So, nak guna saving, memang pengantin laki tak mungkin ada banyak. Saudara mara plak, tau mengarah je. Nak memberi sumbangan, memang payah. Tapi ada gak saudara yang bermurah hati. Yang dihuraikan di sini adalah kebanyakkan saudara, bukan semua. Untuk tunaikan hajat family, terpaksa la si lelaki buat loan. Untuk kiraan mudah, aku contohkan loan RM40,000. Ikat la 15 tahun, bulan2 bayar RM409.61. Tu hutang yang wajib bayar. Belum masuk nafkah kepada isteri lagi, nak bagi mak ayah lagi, bulanan rumah, bulanan kereta, bil utiliti, bil kad kredit, bil astro, bil IWK etc..Lastly, perkahwinan yang sepatutnya bahagia, jadi huru hara.
2. Nak tukar kereta
Selera manusia berubah2. Bila dah lama pakai sesuatu kereta, mesti ada niat nak tukar. Bila nak tukar, mesti nak kena buat loan baru. Loan baru, bunga baru, tempoh bayar bertambah. Jadi, kenaikan gaji tu tak dapat dirasa sebab kenaikan gaji selaras dengan peningkatan hutang. Sampai bila pun akan mengeluh takde duit.
Bila dah kewangan tidak dapat dikawal, maka akan ada 3 perkara berlaku:
1. Family xkan bahagia. Bual bicara rutin, pastinya berkisar bagaimana nak langsaikan hutang
2. Duit tak pernah cukup. Walau sebesar mana pun gaji, pastinya tak cukup. Siap nak buat loan lain untuk tutup loan lama..
3. Malas nak bayar hutang, terutamanya PTPTN. PTPTN ni bahaya sebenarnya. Antara kesan tak bayar, visa akan disekat. Pada dasarnya memang nampak peminjam tak boleh ke luar negara. Tapi kalau diperhalusi, ini juga bermakna peminjam tak dapat pergi menunaikan umrah dan haji. Betulkan saya kalau saya tersalah.
4. Zakat pun liat nak bayar. Sebab duit gaji habis untuk bayar hutang dan sara hidup. Bila zakat dah tak bayar, maka rezeki pun dah tak bape berkat. Bila dah tak berkat, mula la masalah datang 1 per 1. Kereta rosak, anak sakit, handphone problem etc (bukan semua masalah tu sebab x bayar zakat, jangan salah faham plak).
Sekadar cadangan penyelesaian:
1. Tak perlu la berangan nak bermewah2 sekiranya diri sendiri tu tak kaya.
2. Terima la kedudukan ekonomi sendiri. Bukan semua yang baca forum ni mewah. Ada yang mampu pakai X5, ada yang hanya mampu pakai EX5.
3. Rancang la kewangan elok2. Buat apa nak jadi hamba duit. Kalau mampu, tapi tak perlu, tangguh la dulu perbelanjaan. Simpan la duit tu elok2.
Kesimpulannya, ukur la baju di badan sendiri. Tak perlu nak seksa diri sebab ianya tidak berbaloi sama sekali. Duit bukan la segalanya, tapi segalanya perlukan duit. Harta yang banyak ni bagus kalau pandai urus. Tapi kalau harta kita sikit, bersyukur la dengan apa yang ada. Biar papa asal bergaya, bahagia pada zahir sahaja, tapi seksa pada batinnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nk tumpang tred ko post kt pesbuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Biar papa asal bergaya, bahagia pada zahir sahaja, tapi seksa pada batinnya. sangat setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Dont judge a book by its cover. Tapi ni la yg selalu kita buat. Andai orang tu bergaya, pasti akan d ...
ironmind Post at 11-1-2011 16:38
totally agree with your statement,
aku skrg ngah study, insyallah, lg setaun lebih nk grad,just yg bermain dn menganggu pikiran aku sal kewangan ni lah,
nk taknak, mmg aku tpakse pinjam ptptn,
nasib baik aku dpat 1/2 je, means RM1500 tuk 1 semester,
just cukup2 bayar yuran je, pas tolak ngan yuran , tinggal la lebihan2 baki yg tak seberapa
bohong la klau aku ckap tak jealous ngan member2 aku yg lain dpat full loan ptptn (RM 3500 for 1 semester),
awal sem je, shoping sakan, aku lak duk trmenung perati diorg je....
tp aku pikir panjang, sal dpat 1/2 tuk 1 semester tu pun cukup bagus, ye la, pas grad nanti mau tak 1/2 mati nk bayar balik klau aku dpat full loan ptptn, ade gak hikmah nyer...
ape yg aku runsing pas aku grad dn kerja (insyallah) nanti sal beban2 duit ni,
bnyak cerita aku dngar sane sini sal bab2 duit zaman skrg ni, ade yg pnjam along la, jual anak ngan isteri jd pelacur la, laki bini cerai la, smpai yg brbunuh2 dan bergaduh adik beradik sal duit pun ade,
dr sumer story yg aku dngar dn jugak statement dr TT ni, akan aku well planned kewangan aku pas abis blajar nanti... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Very good sharing TT...
Based on my observation time study dulu:
1. Awal semester, member-member cam tak sabar jer nak tunggu duit PTPN tu dimasukkan ke dalam account mereka. Biler masuk jer, member-member akan tersenyum lebar... mula pakat ngan kengkawan untuk bershopping sakan. Bukannya nak bershopping kat GIANT or TESCO, tapi berpakat nak menyopping kat Mid V, Sg. Wang... KLCC. Balik jer, mula ler show off hand phone branded... baju baju berjenama etc. Masuk jer bulan kedua... muka mula monyok sebab dah sengkek... Handphone sekadar hiasan kat badan sebab tak dok credit nak call... nak mesej pun tak leh. Hand phone cuma leh terima incoming call/sms jer...
2. Kat area Shah Alam, pergi jer ler kedai kedai mamak yang bukak 24 jam... kalo korang perasan, mostly bebudak UiTM akan conquer kedai kedai mamak ni around kol 12 malam onward... siap bawak lap top lagi. Ingatkan search for info untuk study or buat assignment... lalu jer kat belakang, hurm... dah agak dah... sure berfacebook, berYM, berchatting, berporem ... etc... belanja nak beli lap top tu leh cover hidup mereka selama 3 bulan... lom lagi bayar monthly fee untuk berukband...
3. Yang pasal dok umah flat, tapi kete yang parking kat bawah umah tue jenis yang branded branded... yang ni tak dinafikan. Kat area umah (flat PKNS) aku nie, berlambak Honda Vios, Honda City, Sylphy bersusun kat parking area.
Yang paling penting, kita kena bijak berbelanja. Biar hidup sederhana, janji hati tak gundah gelana. Why ask more if more make our life becomes so complicated. Bersyukur ngan apa yang ada... sebab apa yang kita ada, mungkin tak ada untuk orang lain... Cermin diri sendiri dulu sebelum kita membandingkan diri kita dengan orang lain... Sebab apa orang ada, mungkin itu adalah benda yang kita tak mampu untuk miliki buat kali ini... InsyaAllah, kalo kita bijak mengatur kehidupan kita... apa yang kita inginkan pada masa ini ... yang tidak mampu kita miliki akan pasti kita miliki pada masa akan datang... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
setuju sgt ngan ironmind ngan hamizie..kebanyakan org sekarang lebih suka bergaya lebih dari kemampuan |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya aku yg x bergaya ni pun rs mcm x mampoo...
apatah lg kalo aku bergaya pakai kereta honda insight gitu.
x logiknyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
nk tumpang tred ko post kt pesbuk...
cmf_death Post at 11-1-2011 16:52
silakan...berkongsi ilmu yang bermanfaat tu antara amal yang bakal dibawa ke Sana |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah bergaya..yg penting bijak berbelanja
tapi lebih elok jika bijak menabung untuk masa depan
story atas lebih pada yg makan gaji..tapi jika bijak/kreatif buat la bisnes sendiri
mat saleh umur 26 tahun boleh jadi billionaire..takkan kite yg lagi tua dari dia tak boleh lagi kaya dari dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
x mampu bergaya dah tahun 2011 ni.. sume brg keperluan naik... makin tersepit dan terhimpit |
|
|
|
|
|
|
|
mek sokong sangat2....
suka statement ni...walaupon mek kadang2 rasa rendah diri sbb henpon m ...
siputsedut Post at 11-1-2011 17:23
bukan uols pakai kete mewah yg berjenama dr german tu kah??... dok plak kt damansara ...kawasan elite |
|
|
|
|
|
|
|
aku pong amik ptptn gak,
sengsara betol la skrg, nak tanak terpaksa pejam mata gak bayo.
skrg aku potong gaji, sbb mls nak pikir byk2, potong gaji teros..
aku dulu..tak plak smapai tertunggu-tunggu ptptn abis.
pas je abih skolah tu..aku siap ade belen lg lam 8-10k duit ptptn tuh.
duit tu la jgk aku wak modal utk carik keje.
aku selalu gak terpikir. kalo la kau ada anak, aku takkan kasik ana kau amik ptptn ni.
betol-betul2 menyusahkan.
aku selalu gak terpikir...org2 lelaki bujeng zaman skrg..
mana nak kumpul duit nak kawen etc. kawen zmn skrg paling sikit pon 20k,
pas kawen plk, umah anak bini lagi..
bab duit kawen ni..ramai yg amik mudah..loan kan aje..
pastu letih plok nak membayo. nak2 kalo yg kawen muda pas grad,
klao tak makpak yg sponsor kawen skit2..mmg ssh.
ade kawan aku penah cite, die keje sime darby, dulu kawen amik loan,
anak dah 2...hutang kawen lom setel lg.
ni stress utang byk ngn CC lg..sampai nak bercerai-berai ngn bini die.
yg die cite kat aku ar..bin die ponj enis yg takreti gak mnegurus duit rumah,
jenis isteri solehah gitu...i folow je somi.
kalo haku..bab2 duit n urusan duit umah, aku yg monitor.he he..
urusan duit somi aku pon aku yg urus..haha..diktator gitu.
bab duit je. sbb haku tau..somi aku tak berapa sgt bab duit.
pada aku la..
atas masing2 nye pikiran n planning la.
anda buat n anda dapat. selebih nye...doa..nasib..rezeki la plak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada pulak dah tau tak mampu, nak tambah lagi ketakmampuannya tu..
dengar bisnes mlm boleh kaya cepat, sakan join beli penapis air 2k, girdle ribu2..takde duit boleh lak buat loan semata nak join bisnes kedaung tu...yela maybe pemikiran dorang besok manala tau bisnes untung boleh la bayar balik segedebuk loan tu kan?
sudahnya dah mmg nature tu pemalas, keje pun selalu tuang...penapis air dah jadi penapis sawang, girdle pun dah jadi alas kaki...ko pikir la sendiri! tua bayar hutang jer....
pesanan khidmat masyarakat untuk si polan binti si polan kekekekkekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# myazura
Hahaha...aku pun layak dpt pesanan u gak....
Aku adalah antara org2 yg jadi mangsa mlm.niat hati nak tambah income,last2 sbb mlm la,perncgn kewgn aku hancur.....
Tapi takpe learn from mistake...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# rikashi
bagusla kalau ko da insap...baik ko fokus kat keje ko je, keje tak kira la apa2 pun yang penting jgn malas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|