CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

Dua kali nombor empat, trio pecut wanita gembira raih gangsa

[Copy link]
Post time 26-9-2023 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Dua kali nombor empat, trio pecut wanita gembira raih gangsa

TRIO pecut wanita negara merangkul gangsa dan turut memecahkan rekod kebangsaan. FOTO AIDA ADILAH MAT



Hangzhou: Tidak diletakkan sebarang harapan, namun ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley tahu trio wanita mampu melakukan kejutan dengan menghadiahkan pingat di temasya Sukan Asia Hangzhou kali ini.

Hari ini, mereka membuktikannya dengan menyumbangkan pingat gangsa dan melakarkan sejarah dalam sukan berbasikal apabila menghadiahkan pingat pertama dalam acara pecut berpasukan wanita.

Lebih manis, trio dibarisi Nurul Aliana Syafika Azizan sebagai pelumba pertama diikuti Nurul Izzah Izzati dan Anis Amira mempamerkan kayuhan bertenaga untuk rekod baru kebangsaan dengan catatan masa 49.025 saat (s) memadamkan rekod lama 50.388s yang dilakukan mereka pada Februari lalu di Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Indonesia.

Dalam perlumbaan penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou itu, trio negara menewaskan barisan pelumba Taiwan.

Nurul Izzah berkata, kejayaan hari ini adalah hasil usaha keras mereka selepas dua kali berdepan kekecewaan.

"Kami memang berusaha keras selama ini dan kejayaan hari ini amat menggembirakan selepas kami kecewa di ACC (Kejohanan Berbasikal Asia) di India apabila dapat nombor empat, di ACC di Velodrom Nasional di Nilai pun kami dapat nombor empat.

"Kali ini kami berjaya melakukannya dan meraih gangsa untuk negara," katanya.

Sementara itu Anis yang juga pelumba paling berpengalaman dalam trio itu tidak menyangka meraih gangsa dan mencapai misi memecahkan rekod kebangsaan di Hangzhou kali ini.

Biarpun dibantu oleh dua pelumba muda, Anis percaya dengan kemampuan kedua-dua rakannya itu.

"Dari awal datang sini memang fokus kami hanya untuk pecahkan rekod kebangsaan. Kami tak fikir untuk menang pingat.

"Bila kami berjaya mara ke penentuan pingat gangsa itu, kami hanya fokus kepada kayuhan kerana masing-masing tahu tugas mereka," katanya.

Kali terakhir pelumba wanita meraih pingat adalah menerusi Fatehah Mustapa dalam acara keirin di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Esok saingan berbasikal trek akan diteruskan lagi dengan Anis dan Izzah akan beraksi dalam acara keirin manakala Muhammad Firdaus Sahrom akan turun dalam peringkat saringan pecut individu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gembira-raih-gangsa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050586 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list