CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 7

Bunuh Teman Wanita: Bekas Pemandu Bas Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 40 Tahun

[Copy link]
Post time 26-9-2023 08:53 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Seorang bekas pemandu bas terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, tujuh tahun lepas.


Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais, membuat keputusan itu selepas menggunakan kuasa budi bicara mereka bagi menggantikan hukuman mati M Siva Sangker, 39, dengan hukuman penjara.







Panel tiga hakim itu memutuskan demikian susulan pemansuhan hukuman mati mandatori yang berkuat kuasa 4 Julai lepas yang membenarkan mereka memilih menjatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun untuk menggantikan hukuman mati mandatori.


Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 November 2016.


Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, Mohamad Zabidin berkata mahkamah mengesahkan sabitan terhadap Siva Sangker selepas mendapati ia selamat untuk dikekalkan.


Siva Sangker merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 4 Februari 2021 yang menjatuhi hukuman mati selepas dia didapati bersalah membunuh V. Durga Devi, 23, di Jalan Kancil 1, Taman Scientex, Pasir Gudang pada 12.15 tengah hari, 21 November 2016 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Bagaimanapun, pada 6 Disember 2022, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu.


Terdahulu, Datuk Rajpal Singh yang mewakili Siva Sangker berhujah kegagalan peguam terdahulu di peringkat pembelaan memfailkan notis alibi untuk menafikan kehadiran tertuduh di tempat kejadian menunjukkan anak guamnya tidak mendapat perbicaraan yang adil.


"Semasa kejadian, anak guam saya tidak berada di situ dan dia berada di Masai (Johor)," katanya.


Timbalan Pendakwa Raya How May Ling pula berkata, walaupun Siva Sangker mendakwa berada di Masai pada hari kejadian, tiada kepastian bahawa tertuduh berhasrat memfailkan notis alibi untuk menyokong pembelaannya.


Beliau berkata, enam saksi telah menyatakan bahawa perayu telah menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu mengalami 49 kecederaan akibat ditetak.


"Tetakan itu terkena tengkuk dan kepala mangsa yang boleh membawa kematian. Selepas mangsa ditetak, perayu terus mengejar dan menyerang mangsa walaupun mangsa terjatuh," katanya.


Rajpal turut memohon mahkamah mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman alternatif iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun supaya Siva sangker mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.


"Anak guam saya menyesal dengan kejadian yang berlaku dan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa. Memang betul kehilangan nyawa telah berlaku dan dia melakukan kesalahan serius tapi dia bukan pembunuh bersiri yang membahayakan masyarakat," katanya.


Bagaimanapun, How memohon sabitan dan hukuman terhadap Siva Sangker dikekalkan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2023 09:07 PM | Show all posts
Kata takda di tempat kejadian tp tak failkan alibi

Sementara itu:

enam saksi telah menyatakan bahawa perayu telah menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu mengalami 49 kecederaan akibat ditetak.


"Tetakan itu terkena tengkuk dan kepala mangsa yang boleh membawa kematian. Selepas mangsa ditetak, perayu terus mengejar dan menyerang mangsa walaupun mangsa terjatuh


Dpt hukuman penjara jur dgn alasan dia bukan pembunuh bersiri. Kat Malaysia nih setahun ada brp kali kita dengar kes serial killer. wadehek
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
baik la mati terus dari penjara 40thn, keluar nanti anak dah besar diludahkan aje bapak camni, peluang ke2 hape???
dah la curang...membunuh...mengabeskan beras plak tu dok dlm jail lama2. beras naik harga entah tau ke tidak tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2023 09:09 PM | Show all posts
Kembalikan sistem juri
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox: Kata takda di tempat kejadian  ...


Lepas tu kata insaf dan menyesal.. eh eh kata ko tak ada di tempat kejadian, saka kah?

Membazir duit cukai je tanggung.. suruh jadi buruh kasar je la, tak perlu susah2 nak import abangla lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 09:14 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 27-9-2023 07:45 AM
Lepas tu kata insaf dan menyesal.. eh eh kata ko tak ada di tempat kejadian, saka kah?

Membazir d ...

nasib ayat standard seterusnya tak keluar : beliau juga seorang individu yang baik selama ini dan beliau merupakan pencari nafkah tonggek, eh, tunggal untuk keluarga...  atau : beliau masih muda dan kejadian ini akan membentuk beliau menjadi manusia yang lebih baik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2023 10:25 AM | Show all posts
Anak guam saya menyesal dengan kejadian yang berlaku dan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa - sorry doesnt cut it
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2023 01:32 PM | Show all posts
kejamnya cara pembunuhan. tp masih dilepaskan keluar ye. takut aku baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.073823 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list