CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2522|Reply: 0

TSG fokus Jersi Putih, menang peringkat perlumbaan

[Copy link]
Post time 26-9-2023 06:05 PM | Show all posts |Read mode

HARRIF (kanan) jadi sandaran TSG di laluan landai untuk memenangi peringkat dan Jersi Putih. FOTO BERNAMA

Bukit Mertajam: Selepas hampir pasti kehilangan Jersi Polka Dot selaku Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) kini akan memberi tumpuan kepada memenangi peringkat perlumbaan dan merampas Jersi Putih (Terbaik Asia).

Menurut Pengurus Sukan TSG, Saiful Anuar Aziz, perancangan untuk memburu kemenangan di peringkat perlumbaan terus diletakkan di bahu pakar pecut, Mohd Harrif Saleh yang akan melakukan sesuatu di laluan landai.

"Kami akan cuba buat sesuatu sekurang-kurangnya satu podium untuk Harrif, kami turut sasarkan jersi Asia (putih). Boleh katakan jersi Raja Bukit itu sudah terlepas," katanya.

Ujarnya, saingan untuk jersi terbaik Asia masih terbuka dan penentuan mungkin berlaku di peringkat kelima yang menawarkan pendakian di Genting Highlands, esok.

"Ya boleh dikatakan terlepas (Jersi Polka Dot) sebab hari ini (semalam) tawaran mata untuk empat zon pendakian memang tinggi.

"Jadi memang terlampau jauh antara pelumba kami dengan wakil Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud," katanya.

Semalam, harapan pelumba TSG, Muhammad Nur Aiman Zariff untuk mempertahankan gelaran Raja Bukit boleh dikatakan sudah berakhir.

Aiman yang menyarung Jersi Polka Dot pada saingan hari pertama Sabtu lalu terpaksa akur dengan kehebatan Pellaud yang menawan tiga zon pendakian di Jeli, Puncak Titiwangsa dan Sri Banding kini seakan sukar untuk digugat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eringkat-perlumbaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.073266 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list