CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2974|Reply: 0

[Perlis] Banjir: Penduduk Pauh sudah siap sedia

[Copy link]
Post time 26-9-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Arau: Hujan berterusan masih berlaku di Perlis sejak 24 jam lalu, bagaimanapun rata-rata penduduk belum berpindah dan keadaan masih terkawal.

Tinjauan di sekitar Pauh mendapati banjir kilat di kawasan seperti Kampung Ulu Pauh dan Kampung Ulu Pauh Tengah sudah pun surut namun beberapa kediaman di Kampung Titi Besi di Bandar Arau pula masih digenangi air berikutan kenaikan paras Sungai Arau.

Seorang penduduk, Ahmad Yahya, 77, berkata kebanyakkan penduduk sudah bersedia dan segera memindahkan barangan keperluan serta dokumen penting ke tempat selamat.

"Saya tinggal bersama isteri dan dua lagi anak. Apabila hujan berterusan saya sudah jangka kampung ini akan dinaiki banjir kilat.

"Belajar dari pengalaman lalu, kami segera memindahkan perabot, barangan elektrik serta dokumen ke tempat yang tinggi sedikit dalam rumah," katanya ketika ditemui di Kampung Titi Besi, di sini hari ini.

Katanya, walaupun rumahnya masih lagi digenangi air berikutan kenaikan paras Sungai Arau, mereka sekeluarga belum bersedia untuk berpindah sebaliknya melihat perkembangan banjir dahulu.

Seorang lagi penduduk, Khatijah Johari, 56 berkata, hujan berlaku sekejap sahaja namun berterusan lebih lima jam sejak pagi semalam dan sudah jangka dilanda banjir.

"Kenaikan air sungai (Sungai Arau) sangat cepat selepas itu habis kawasan kampung ini dinaiki air.

"Setakat ini, kami belum berpindah kerana mahu jaga harta benda kami dan kami pun tunggu dan lihat dahulu perkembangan banjir di sini," katanya.

Sementara itu, Exco Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, Megat Hashirat Hassan berkata, setakat ini terdapat 70 orang yang 13 kediaman di Kampung Titi Besi, Arau terjejas dengan kejadian banjir ini.

"Setakat semalam, lebih 15 rumah di seluruh DUN Pauh dinaiki air dan ada yang sudah pun surut dan tiada Pusat Pemindaham Sementara (PPS) dibuka setakat ini kerana keadaan masih terkawal.

"Kita (kerajaan negeri) bersama agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan Sekretariat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) segera menyalurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas seperti barang makanan dan lain-lain lagi," katanya.

Dalam pada itu, Sekretariat NADMA Perlis mengeluarkan amaran berhubung paras Sungai Jarum dan Sungai Arau di Arau kini berada di paras berbahaya dan amaran.

Paras Sungai Jarum kini berada di paras bahaya dengan bacaan paras air sekitar 34.31 meter (m) melebihi paras normal iaitu 33.3 manakala Sungai Arau pula berada pada paras amaran dengan bacaan pada 6.85 m melebihi paras 6.5 m.
Disiarkan pada: September 26, 2023 @ 3:37pm


Beberapa kediaman di kawasan Pauh dan Arau dinaiki banjir selepas hujan berterusan selama 24 jam di negeri Perlis. FOTO AIZAT SHARIF

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uh-sudah-siap-sedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.082154 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list