View: 6100|Reply: 51
|
Dilayan Macam Puteri Lepas Buka Akaun DS- Gadis Gemuk Tergoda Dengan Lelaki Nigeria Dua Isteri,Dilema Takut Mak Ayah Tak Bagi Kahwin
[Copy link]
|
|
Seorang gadis berusia 19 tahun mengakui dia tidak mempunyai keyakinan diri kerana bentuk fizikalnya yang gemuk.
"Saya kini belajar di Selangor. Hidup saya baik-baik saja, saya belajar di sebuah universiti terkemuka. Saya dalam kelas yang sederhana dan tidak corot.
"Keluarga saya penyayang dan memberikan sokongan, saya juga ada kelompok kawan yang baik. Cuma saya tinggi 170 sentimeter (sm) dan berat 95 kilogram (kg).
"Saya sentiasa kurang keyakinan dengan kegemukan sendiri sejak zaman sekolah. Cuba kurangkan berat, joging apa semua tapi selalu tak turun lebih 5kg," luahnya di platform X.
Gambar Hiasan
Namun katanya dia mula menerima layanan berbeza selepas menyertai akaun darkside (DS) di media sosial.
Akaun DS biasanya digunakan individu untuk berkongsi sisi gelap mereka, khususnya berkaitan seks tanpa mendedahkan identiti sebenar.
Cerita gadis itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki Nigeria secara atas talian, malah hubungan tersebut menjadi semakin serius selepas mereka bersemuka di dunia sebenar.
"Apabila saya mula main Tinder dan buat akaun DS untuk suka-suka, saya saja nak test market dan kadang-kala berborak dengan lelaki. Saya tahu realitinya saya buruk sangat.
"Suatu hari seorang lelaki chat, dia berminat dengan saya. Apabila saya cakap saya gemuk, dia cakap saya cantik juga. Dia berjaya yakinkan saya untuk jumpa. Dia orang berkulit hitam dari Nigeria.
"Dia puji saya cantik, memang taste dia. Dia selalu belikan benda mahal, makan kedai mahal, layan saya macam puteri. Kali pertama saya kena layan baik dan istimewa. Kini kami pun menjalinkan hubungan," ujarnya lagi.
Apa yang menjadi masalah, gadis itu berkata dia risau hubungan tersebut tidak mendapat restu kedua orang tuanya memandangkan lelaki tersebut berkulit hitam.
"Saya tak tahu macam mana nak cerita dekat mak ayah. Agak-agak mereka boleh terima ke lelaki kulit hitam? Lelaki ini dah kahwin, ada dua anak di Malaysia. Lepas tu ada seorang lagi isteri di negara sana.
"Lelaki itu kata isteri-isteri dia benarkan dia kahwin sebab dia mampu. Tapi saya tak tahu la. Tak apa ke?"
Di ruangan komen, beberapa netizen meminta gadis itu berfikir masak-masak kerana risau dia menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan.
"Umur 19 muda lagi. banyak lagi benda adik boleh buat selain kahwin. Kalau dah ramai isteri sepatutnya adik dah tahu kenapa mulut lelaki tu manis.
"Saya kerja dengan orang Nigeria. Mulut memang manis, pujian melambung. Tapi kita tak tahu apa niat sebenar mereka.
"Baru 19 tahun dik, naif sangat bunyinya. Jangan senang sangat percaya orang dik. Fokus je la study tu dulu," tulis beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nigerians memang suka perempuan chubby kan. Teringat pulak I dengan nurse yang kena bunuh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kawen la..mana la tau ank2 dia suatu hari nanti boleh mencatatkan rekod Msia...Pirdana Mintiri kulit hitam pertama di Msia...Msia Boleh Yey!2....
#ApaSalahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu ni banyak cerita pasal badak air |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 19thn dah mengeletis nk kawin
Pegi gym lah weiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ko nak jadi penyondol tersohor ke dik...
|
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 26-9-2023 02:43 PM
Nigerians memang suka perempuan chubby kan. Teringat pulak I dengan nurse yang kena bunuh tu.
Nigerian, Cameroonian.. mmg suka pompuan obese .
Tengok kuinkepam hanis tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 26-9-2023 03:24 PM
Baru 19thn dah mengeletis nk kawin
Pegi gym lah weiiii.....
Pegi gym x dapat sedap |
|
|
|
|
|
|
|
umur baru 19 tu. baiklah ko enjoy2 dulu dari kawen dgn org yg dah ada 2 bini dgn anak2 dik oi |
|
|
|
|
|
|
|
aiyyoooo tajuk very the body shaming |
|
|
|
|
|
|
|
Tak gheti2 nak ambil iktibar daripada kes b*nuh kat Selangor tu ke dek oiiiii???????
Ingat warga asing ni suka sangat dgn ummah tanah ayer ni? Sama ada, ada niat jahat tersembunyi puaka namampos atau nak gunakan ko huntok benda2 scam, jual beli harom dan sebagainya.
Ikot hati mati, ikot rasa binasa dek oiiiiiiiiiiiiii!!!!
Jangan cakap org tak hingatkan bila dah berlaku sesuatu yg tak diingini nanti! |
|
|
|
|
|
|
|
nigerian mmg sgt terrer manis mulut , perbuatan etc nak jerat pompuan. Lombok pun sama.. kesiannya naif tak tahu .. |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri pun membinasakan diri . Pegi install tinder & DS apooo kan kecik lagi. adoi risau anak2 i yg sekolah memasing ada fon, walopon i check tapi entah la. i rasa paling penting ibu tu kena close dgn anak2 esp gurls.. & bapak2 please la.. jgn endah tak endah aje nak disiplin kan anak2 . nnt anak2 tak suka mak , semua org dpt susah |
|
|
|
|
|
|
|
parents hantar gi belajar, yg dia kemaruk nakkan jantan pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kepompong at 26-9-2023 04:13 PM
green~tea replied at 26-9-2023 03:39 PM
Nigerian, Cameroonian.. mmg suka pompuan obese .
Tengok kuinkepam hanis tu..
muka menyampah je Mr Agoundu tu kat kuinkepam
|
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 26-9-2023 04:11 PM
sendiri pun membinasakan diri . Pegi install tinder & DS apooo kan kecik lagi. adoi risau anak2 i yg ...
DS tu apo sis... yang i tahu cuma DS dropship.. agent jual baju bajan tudung tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 26-9-2023 04:14 PM
DS tu apo sis... yang i tahu cuma DS dropship.. agent jual baju bajan tudung tu....
entah i tak tahu. i reply based on artikel tu. artikel tu tulis gurl tu install DS (dark side) & tinder utk suka2 . Mesti boring gila. kalau lawa macam rentis2 mesti dah lama ada pakgula. sejenis yg tak peduli batas2 gayanya. adeke kecik2 lagi berani install tinder. |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 26-9-2023 04:16 PM
entah i tak tahu. i reply based on artikel tu. artikel tu tulis gurl tu install DS (dark side) & t ...
Oooooo dark side twitter.. ok2.. tq pencerahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|