CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 0

[Perlis] Banjir kilat landa enam kampung Perlis

[Copy link]
Post time 26-9-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM dan sukarelawan meninjau rumah yang dinaiki air selepas hujan melanda kawasan Pauh Putra di Arau. FOTO Ihsan Pembaca

Arau: Sebanyak enam kampung di Kangar, Arau dan Padang Besar dilanda banjir kilat akibat limpahan air sungai susulan hujan lebat sepanjang hari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, tinjauan pihaknya sejak 7.40 petang mendapati kawasan di Ulu Pauh di Arau terjejas selepas Sungai Kampung Lalang Ulu Pauh dan Sungai Kampung Cik Mat Taha, Ulu Pauh mulai naik hingga melimpah ke kediaman penduduk di Kampung Ulu Pauh dan Kampung Tengah Ulu Pauh.

"Selain itu, kawasan di Taman Gembira, Repoh di Kangar dan tiga kawasan di Padang Besar iaitu Sungai Chuchuh dan Sungai Kok Mak di Titi Tinggi Hilir, Sungai Batu Bertangkup di Chuping turut dilanda banjir kilat ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, setakat ini terdapat 23 mangsa daripada enam keluarga di Kampung Ulu Pauh terjejas.

"Bagi tujuan keselamatan, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid al-Imran, Ulu Pauh dibuka untuk memindahkan mangsa namun mereka enggan berpindah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya terus menjalankan pemantauan menyeluruh di kawasan yang dinaiki air itu bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini.

Tinjauan di kawasan Ulu Pauh juga mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Megat Hashirat Hassan turut meninjau keadaan penduduk dan menggesa mereka segera berpindah sekiranya banjir di kawasan itu semakin buruk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enam-kampung-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.151383 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list