|
Perak FC kejutkan Sabah
Pemain Perak FC, Seo Seunung diasak oleh pemain Sabah FC, Mohd. Irfan Fazail di kejohanan Piala Malaysia 2023 peringkat suku akhir kedua di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
IPOH – Perak FC melakukan kejutan besar apabila mengatasi Sabah 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Perak, sebentar tadi.
Jaringan tunggal Wan Zack Haikal dalam masa kecederaan mencukupi buat anak buah Yusri Che Lah menempah kemaraan ke separuh akhir dengan agregat 3-2.
Lawannya pada pusingan itu nanti ialah Johor Darul Ta’zim (JDT). – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09/25/perak-fc-kejutkan-sabah/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|