View: 2733|Reply: 9
|
Sesak Nafas, Sakit Dada Teruk- Mohd Nor Bond Alami Serangan Jantung
[Copy link]
|
|
Pelakon dan pengarah veteran, Mohd Nor Bond, 64, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung di kediamannya di Hulu Klang.
Dia mula menyedari perkara itu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas dan sakit dada teruk.
Foto: Harian Metro
"Ketika kejadian saya berada di rumah dan tiba-tiba saya mengalami sakit dada teruk sehingga sesak nafas dan muntah.
"Tanpa fikir panjang saya terus bergegas ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun, sebaik tiba doktor memaklumkan saya mengalami serangan jantung selepas salur darah jantung tersumbat 100 peratus.
"Kemudian doktor terus merujuk saya ke IJN untuk membuka saluran darah koronari yang sempit dengan meletakkan belon," katanya kepada Harian Metro.
Foto: Harian Metro
Menurut Mohd Nor, sepatutnya hari ini dia perlu menjalani satu lagi prosedur rawatan namun memilih untuk menangguhkannya.
"Saya minta cuti rehat sekejap dan akan melakukan satu lagi pembedahan pada 6 Oktober ini. Alhamdulillah hari ini saya dibenarkan pulang dan sedang berehat di rumah.
"Sebenarnya saya tak pernah hidap sebarang penyakit serius. Ini adalah pengalaman pertama dan pengajaran untuk saya supaya sentiasa menjaga kesihatan," katanya.
Dalam masa sama, Mohd Nor turut menasihatkan orang ramai supaya berhenti menghisap rokok demi kesihatan.
"Saya ingin berterima kasih kepada kakitangan hospital dan IJN kerana menjalankan kerja dengan begitu profesional, pantas dan cekap," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah beri kesembuhan.. Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada pangkat kapten tu kan? Semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
64 baru kena belon jantung kira hebat. Sebab zaman sekarang 35 pun dh pasang belon
Maksudnya kesihatan dia tiptop.. tun mahathir dua kali bypass. Level org kaya naik kuda hari2 jaga makan
Kita yang sapu semua makanan, malas senam tu ingatlah banyak2. Nasihat untuk diri sendiri
Kaka ada je joint group jantung buah pinggang semua tu, lepas operate ada sesak nafas n rasa xsama cm dulu tetapi kalau xoperate boleh bawa maut
Marilah syg tubuh badan kita. Nasi tu makan separuh je. Gula zero, protien ambil yang murah pun xpe
Pg je kt thread beras 10kg naik harga. Ramai forumer dh kongsi resipi sihat jaga kesihatan tanpa nasi. |
|
|
|
|
|
|
|
oh pakcik ni dlu selalu menghiasi kaca tb masa i remaja suka tgk tb3..
semoga sht kembali |
|
|
|
|
|
|
|
kapten bersara kan masa dia main drama
dia bnyk berlakon thn late 90s, early 2000s dgn kuasatek pictures bwh arwah mohd nor kadir
|
|
|
|
|
|
|
|
moga cpt sembuh
pakcik iols lps kena serangan jantung kuruih hbs bdn nya
yg pantang dh 1 hal, yg blh mkn pun x lalu
berbulan jgk utk die recovery
alhamdulillah skrg setahun sekali ke 2 kali je pi cekup kt ijn
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 26-9-2023 09:30 AM
64 baru kena belon jantung kira hebat. Sebab zaman sekarang 35 pun dh pasang belon
Maksudnya kesiha ...
Dia kapten, angkatan tentera, selalu training dan exercise, mesti kesihatan dia bagus sehinggalah dia pencen. Apapun, dia nampak muda dari umurnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ada research baru mengatakan kolestrol bukan penyebab sakit jantung. tp keradangan. buktinya majoriti pesakit jantung kolestrol tidak tinggi atau normal
( perlu jaga makan juga dan fokus pada omega tiga makanan2 anti oxidant dan anti flammation)
kira kita try and error dengan nasihat doctor or pakar sampai apa benda baik kita buat jadi lifestyle. baguslah dia jaga kesihatan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|