|
Sudah berada dalam dunia seni sejak kecil, Fimie Don sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya agar namanya tidak terpalit dengan kontroversi yang mampu menjejaskan karier seninya.
Foto: IG
Fimie atau Shafimie Saedon, 25, bagaimanapun berkata, dia tidak menilai seseorang yang mencipta nama dalam industri dengan kontroversi kerana ia tetap satu bentuk publisiti meskipun ia tentang perkara buruk.
"Saya tak kata saya tiada kontroversi tapi saya jenis tak layan kerana bukan perkara itu yang saya kejar.
"Tapi kalau rezeki seseorang itu bermula dengan kontroversi, bukan bererti pengakhiran mereka buruk dan saya sendiri pun mungkin bermula dengan baik tetapi penutupnya belum tahu lagi macam mana," katanya kepada mStar. -CARI
Sumber: mStar
|
|