View: 2097|Reply: 0
|
Arsenal cemas Rice cedera
[Copy link]
|
|
RICE menanduk bola ketika menentang Spurs di Stadium Emirates. FOTO AFP
London: Declan Rice mencetuskan resah Arsenal apabila terpaksa dikeluarkan ketika rehat selepas mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur yang berakhir seri 2-2 semalam.
Pemain England itu yang berpindah dari West Ham United dengan yuran sekitar £100 juta (RM573 juta) kurang menyerlah sebelum rehat dan digantikan Jorginho ketika rehat.
"Dia rasa tidak selesa di bahagian belakang badannya," kata pengurus Mikel Arteta kepada wartawan. "Kami perlu menilainya. Sesuatu yang pelik apabila pemain seperti dia meminta dikeluarkan kerana tidak selesa beraksi. Harap masalah itu tidak berlarutan."
Arteta agak kecewa dengan kegagalan pasukannya mempertahankan kelebihan hasil jaringan sendiri Cristian Romero dan penalti Bukayo Saka sebelum Son Heung-min meledak kedua-dua gol Tottenham.
"Kami kecewa tidak menang terutamanya apabila anda mendahului," kata Arteta yang skuadnya kekal tanpa kalah tetapi jatuh ke tangga kelima carta Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Memalukan kami tidak memenanginya. Apabila kami jaringkan gol sekali lagi dan kemudian melepaskannya begitu sahaja, ia menjejaskan emosi pasukan dan kami sepatutnya memegang bola lebih lama."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... l-cemas-rice-cedera |
|
|
|
|
|
|
| |
|