|
MOURINHO yakin pasukannya akan bangkit pada perlawanan akan datang.
Rom: Tandukan lewat Duvan Zapata membolehkan Torino seri 1-1 di tempat sendiri menentang AS Roma yang masih tercari-cari rentak susulan permulaan hambar musim baharu Serie A.
Penyerang Belgium Romelu Lukaku meletakkan Roma di depan minit ke-68 selepas meledak rembatan rendah ke gawang dengan kaki kiri.
Jaringan itu memberikan harapan kepada skuad Jose Mourinho untuk mengubah nasib mereka selepas hanya menang sekali dalam lima aksi pertama liga.
Tetapi lima minit sebelum tamat permainan, tuan rumah menyamakan kedudukan apabila pemain Colombia Zapata menanduk kencang hantaran sepakan percuma.
Roma kini di tangga ke-13 dengan lima mata daripada lima perlawanan, 10 mata di belakang pendahulu Inter Milan manakala Torino ke sembilan dengan lapan mata.
"Saya faham kedudukan dalam carta tidak bagus sekarang tetapi masih peringkat awal dan kami pasti akan melonjak menjelang Disember," kata Mourinho kepada DAZN.
"Saya kecewa dengan keputusan tetapi saya tak sedih dengan cara pemain beraksi malam ini."
Perlawanan seterusnya Roma akan menentang Genoa di tempat lawan Khamis ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-kecewa-saat-akhir |
|
|
|
|
|
|
| |
|