View: 4359|Reply: 16
|
Pitam Lepas Diberi Puding! Pelajar Tingkatan 3 Dakwa Dirogol Sepupu, Takut Nak Beritahu Mak Ayah
[Copy link]
|
|
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun hidup dalam keresahan selepas mendakwa dirogol oleh sepupunya sendiri sehingga mengandung.
Menerusi perkongsian tular di laman X, pengadu yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa dirogol sepupunya yang berusia 20 tahun ketika dia bermalam di rumah ibu saudaranya.
Gambar Hiasan
"Hi semua. Saya 15 (tahun) dan saya mengandung. Ceritanya begini. Suatu hari, ibu bapa saya ke luar negara dan saya menetap bersama ibu saudara selama tiga hari.
"Ibu saudara ada dua anak lelaki. Seorang sekelas dengan saya, seorang lagi umur 20 tahun. Pada malam terakhir, kami makan bersama dan tonton televisyen. Selepas dua jam, kami kepenatan.
"Dia (sepupu) pergi ke dapur dan bawa puding. Saya tak tahu apa dalam puding itu. Saya rasa pening dan tak boleh kawal diri. Saya pitam tapi boleh rasa pergerakan pada tubuh," tulisnya.
Tambah pengadu, dia buntu untuk bercerita tentang kejadian itu kepada ibu bapanya memandangkan hubungan mereka yang tidak begitu rapat.
"Saya tahu saya sepatutnya mengadu pada orang dewasa yang boleh dipercayai. Tapi saya tak rapat dengan ibu bapa saya. Saya juga takut untuk bercerita dengan ibu saudara atau sesiapa saja.
"Saya takut disalahkan kerana tidak tahu dan tidak faham apa yang berlaku dan menghentikan kejadian itu. Ketika kejadian, saya pakai baju lengan panjang dan seluar track.
"Saya minta maaf semua. Apa saya patut buat," soalnya.
Perkongsian gadis berkenaan menerima pelbagai maklum balas netizen yang bersimpati dengan nasib malangnya.
Pada masa sama, netizen memberi saranan kepada gadis itu agar membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan sewajarnya.
"Ini kes rogol. Pergi ke balai polis terdekat dan buat laporan.
"Maklumkan ibu bapa. Kemudian buat laporan polis agar pelaku ditangkap. Tak kisahlah saudara atau bukan.
"Ya Allah kesiannya budak ni. Sungguh la ahli keluarga sendiri pun tak boleh percaya sekarang," tulis beberapa individu. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya ko dik.. cmn tak rapat dgn mak pak.. aku dgn anak anak... anak lelaki minat kat satu budak pompuan tuu pun dia cite kat aku.. semua benda dia cite.. ngumpat cikgu.. kete avanza hijau milik ustazah yg kuat beranak pun aku tau.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
jika batul la kes mcm ni kesian kt budak tu..
now ni kita mmg hidup dlm SUSPEN spt kata mami kecut...tak tau bila kita akan di UJI..
takkan la nk hidup dlm curiga sepanjang masa kan..tumpang anak kt sedara pun tak selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma mampu pesan pd anak2..(utk kes out of control jika anak berada di luar )..
JGN TERIMA APA2 BRG MAKAN/MINUM DARI ORG YG TAK KENAL WALOPUN ELOK BERBALUT PLASTIK SBB BOLEH AJE DI CUCUK DADAH DGN CARA JARUM SUNTIKAN..PLASTIK TAK TERJEJAS..LUBANG KOYAK PUN TAK PERASAN..
tapi kalo kes mcm budak ni..melibat ahli keluarga yg kita kenal..dan berada dlm persekitaran yg boleh dikatakan SELAMAT...speechless aku..
SUNGGUH KITA CUMA MAMPU BERHARAP AGAR SELAMAT DUNIA AHIRAT.. |
|
|
|
|
|
|
|
koko2: aku cuma mampu pesan pd anak2..(utk kes out of control jika anak berada di luar )..JGN TERIMA APA2 BRG MAKAN/MINUM DARI ORG YG TAK KENAL WALOPUN ELOK ...
Masalahnya banyak kes turut berpunca dari orang yang dikenali termasuk ahli keluarga dan saudara mara sendiri. Bila anak tu berhati-hati tak terima barang termasuk makanan dari sepupu sepapat tiba-tiba dimarah mak bapak sendiri sebab sepupu tu mengadu anak diorang sombong lah ego lah entah apa kebenda lagi yang dicanang. |
|
|
|
|
|
|
|
zarulnazmi replied at 25-9-2023 12:29 PM
Masalahnya banyak kes turut berpunca dari orang yang dikenali termasuk ahli keluarga dan saudara m ...
sungguh letih apabila TERPAKSA hidup dlm curiga... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kandungan masih baru, dibolehkan gugur menurut fatwa. Tapi b4 that pls buat report even kebarangkalian putus sedara tu tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya
sedara apa mcm ni mcm setan |
|
|
|
|
|
|
|
nnt ko mesti jd mcm arwah makcik aku, bila anak sambung belajar termenung depan bilik anak pastu menangis teringat kat anak
|
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 25-9-2023 08:18 PM
nnt ko mesti jd mcm arwah makcik aku, bila anak sambung belajar termenung depan bilik anak pastu me ...
Emm tak pyh masuk u laa.. baru anak aku pergi bertanding tido kat hotel punn dah aku menung.. terus pi joggging petang tuu tak lalu duk rumah hahahaha .
Aku mmg nak anak aku masuk u area rumah udahlaa.. kawin pun kalo boleh aku nak dekat jgk.. hahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berat kes budak ni,sebab x rapat ngan parents kalo dia gtau pon mungkin mak ayah x percaya,nak gtau kat makcik pon sama gak,kemungkinan dia akan sokong anak sndri daripada anak sedara,x pon dia akan merayu suh tutup mulut takut anak masuk penjara...kalo budak ni nekad nk report polis kemungkinan besar dia pulak yg akan disalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga si perogol ni mati pucuk supaya tak menyusahkan orang lain pula. |
|
|
|
|
|
|
|
hidup ni kene kental..mmg jadi mangsa, tepi bertindakla sehabis mungkin,
tapi
kalau taknk bertindak report polis
ko bela je la anak tu
dh besar muka sama cm sepupu
bru mak sdara perasan
sekian |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya ko nakk...sebaya anak iols ni.
kejinya laa kazen tu umur 20 dah pun. celaka punya jantan.
harap makayah dia dah tau skrg dan percaya la.
payahnya bila tak rapat dgn makayah, ada prob tanggung sorg2 dah la kecik lg
**jgn hasanah sudah, letih acik2 forum bersedih hati |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki2 melayu mmg jahat dan mereka diajar menjadi jahat |
|
|
|
|
|
|
| |
|