CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1444|Reply: 3

Pemandu Teksi Jadi 'Transporter' Hantar Pati Myanmar Ke Rumah Transit

[Copy link]
Post time 24-9-2023 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Pemandu teksi sanggup bertindak sebagai transporter untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar ke negara ini secara haram.


Lelaki berusia 60 tahun itu akan dibayar RM50 untuk setiap Pati dibawa dan dihantar ke sebuah rumah transit di Kampung Cherok Mokkan, Napoh dekat sini.



FISOL menunjukkan gambar Pati warga Myanmar yang ditahan bersama tekong darat di Changlun. FOTO Zuliaty Zulkiffli



Dia ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan Balai ICQS Bukit Kayu Hitam pada 5 petang Rabu lalu.


Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, ketika ditahan, lelaki itu membawa lima penumpang termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun disyaki Pati warga Myanmar dengan kereta Perodua Axia.


Beliau berkata, suspek dipercayai mengambil Pati terbabit di belakang sebuah restoran makanan segera di Pekan Changlun untuk dihantar ke rumah transit berkenaan.


"Suspek turut mengaku pernah menjadi transporter sebanyak empat kali sepanjang bulan ini untuk dihantar ke rumah transit berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.


Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki warga Myanmar di bahagian penumpang hadapan kereta dan tiga wanita serta seorang kanak-kanak lelaki Myanmar di bahagian belakang.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing berusia lingkungan 37 hingga lima tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.


Fisol berkata, empat telefon bimbit turut dirampas untuk tindakan lanjut.


"Susulan tangkapan itu, polis menyerbu rumah tidak bernombor itu di kawasan kebun getah di Kampung Cheruk Mokkan, Changlun pada jam 5.45 petang.


"Hasil serbuan itu, tiga lagi Pati warga Myanmar berada dalam rumah itu termasuk dua lelaki dan seorang wanita ditahan untuk siasatan," katanya.


Fisol berkata, hasil siasatan mendapati, rumah itu disyaki sebagai transit untuk warga Myanmar yang baru masuk ke Malaysia.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) untuk tekong berkenaan, manakala kesemua Pati yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.





Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu baru seorang. Mesti ada ramai lagi. Adakah kerana kos hidup yg tinggi memaksa mereka buat kerja begini?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:12 AM | Show all posts
dah lama benda ni..tp masuk kot kelantan sane. ni staff mynmar aku yg cerita mcm mana boleh sampai sini kl byr agent 8 ribu di kg dan lps masok minta kad united ntions..ada org tunggu kt sempadan org kita jgk k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.028318 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list