CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 646|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM sedia hadapi musim bah

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:33 PM | Show all posts |Read mode

NIBONG TEBAL, 24 Sept -- selepas majlis perasmian Pusat Multidimensi di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh hari ini. FOTO BERNAMA

Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM sentiasa berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan bekerjasama dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana banjir.

"Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi banjir kerana ini adalah tanggungjawab dan rutin kita. Jawatankuasa penyelaras juga sudah berbincang dan Pusat Pantauan Banjir juga sudah bersedia menghadapi musim tengkujuh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Multidimensi di Sekolah Kebangsaan Sungai Aceh di sini hari ini.

Beliau berkata KPM sudah menyiapkan sebahagian besar mekanisme termasuk sekolah-sekolah yang akan terlibat dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekiranya diperlukan.

Semalam, tiga negeri iaitu Perak, Sabah dan Sarawak telah dilanda banjir melibatkan ratusan mangsa terpaksa dipindah ke PPS.

Sementara itu, Fadhlina yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata KPM sebenarnya mempunyai garis panduan bahawa setiap guru yang ingin menghukum pelajar harus mempunyai dua orang saksi.

Beliau berkata semua guru harus mematuhi garis panduan tersebut untuk menjatuhkan hukuman terhadap pelajar.

"Kami mempunyai garis panduan yang betul, jadi kami mahu semua pihak memastikan bahawa garis panduan itu dipatuhi," katanya.

Fadhlina berkata demikian ketika ditanyakan mengenai cadangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bahawa setiap guru yang ingin menjatuhkan hukuman terhadap pelajar harus mempunyai seorang saksi.

Jumaat lepas, dilaporkan seorang guru sekolah rendah telah menampar pipi kiri seorang murid selepas berang tidak menemukan surat yang dikehendaki dalam kejadian di sebuah sekolah di Klang, Selangor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ia-hadapi-musim-bah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.037866 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list