View: 637|Reply: 0
|
Eksperimen Solari menjadi
[Copy link]
|
|
DUA pemain NSFC cuba menyekat kemaraan pemain JDT Takahiro Kunimoto. FOTO Bernama
Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari menyifatkan 'eksperimen' dilakukan dengan membawa masuk beberapa pemain simpanan ketika menentang Negeri Sembilan FC berhasil apabila menang 4-1 pada suku akhir kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.
Solari berkata, persembahan berkualiti dengan rentak permainan konsisten dipamerkan beberapa pemain yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama tidak mengecewakan terutama pada babak pertama.
"Kita bermula dengan baik pada babak pertama dan berjaya menjaringkan tiga gol dan mengekalkan momentum permainan dengan menguasai di posisi tengah malah tidak memberi ruang untuk lawan bergerak.
"Apapun ada sedikit kelonggaran yang berlaku di penghujung babak pertama apabila kita tidak menutup ruang menyebabkan pemain Negeri Sembilan ambil kesempatan menjaringkan gol dan ia tidak sepatutnya berlaku jika pemain saya fokus dan tidak buat silap.
"Pada babak kedua, kita kehilangan rentak permainan tapi ia bukan sesuatu yang membimbangkan kerana beberapa pemain yang beraksi perlu mendapat minit permainan yang baru pulih daripada kecederaan seperti Fernando (Forestieri) dan Diogo (Luis Santo)," katanya.
Sementara itu, pengendali NSFC K Devan mengakui kesilapan barisan pemainnya yang membiarkan pemain JDT menguasai permainan pada babak pertama menjadi faktor utama menyumbang kepada kekalahan mereka.
Bagaimanapun Devan tampak pasrah selepas perjuangan mereka dalam saingan piala berprestij tersekat selepas tewas dengan agregat 1-7 kepada skuad kendalian Solari yang mudah melangkah ke separuh akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... imen-solari-menjadi |
|
|
|
|
|
|
| |
|