CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2365|Reply: 16

[Jenayah] Menghina Agama Islam, Rekaan Cover Album Menyerupai Al-Quran!

[Copy link]
Post time 24-9-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.



Baru-baru ini, GF Entertainment, syarikat agensi kepada kumpulan K-Pop terkenal, KINGDOM, mendapat kecaman teruk dari warganet dek kerana ‘cover album’ kumpulan tersebut.

Pada 19 September, KINGDOM mengumumkan album mereka yang seterusnya iaitu History Of Kingdom: Part VII kepada para peminat yang setia menanti selama ini.

Bagaimanapun, selepas sneak peak album mereka dikongsi, ramai peminat terkejut melihat reka bentuk album itu yang dikatakan amat mirip dengan kitab suci Islam, Al-Quran.

Apabila dibandingkan, amat mudah untuk melihat similariti reka bentuk antara album tersebut dan kitab suci bagi penganut agama Islam itu.

Hanya terdapat satu perbezaan utama iaitu simbol KINGDOM menggantikan tajuk di bahagian tengah album.

Bagi orang Islam, al-Quran adalah kitab suci ajaran yang harus dihormati dan dimuliakan, maka apabila mereka mendapat tahu terdapat similariti yang amat jelas digunakan bagi mempromosikan konsep kumpulan K-Pop tersebut, ianya telah menyinggung perasaan mereka.

Peminat juga dikhabarkan telah mula menghubungi GF Entertainment dengan harapan untuk agar reka bentuk album itu diubah secepat mungkin.

Akhirnya, pada 21 September, GF Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa tarikh penjualan album tersebut akan ditangguhkan dengan alasan ‘faktor dalaman’.

“Hello. Ini ialah GF Entertainment. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih setinggi-tingginya kepada semua peminat di atas sokongan anda semua terhadap KINGDOM,

“Album mini ke-7 KINGDOM, ‘History of Kingdom : Part VII. JAHAN,’ yang dijadualkan dikeluarkan hari ini pada pukul 2 petang hari ini telah ditangguhkan atas faktor dalaman,

“Kami ingin meminta maaf kerana telah mengecewakan para peminat dengan berita mengejut mengenai perubahan ini. Kami akan memberitahu anda sebaik sahaja jadual baharu disahkan,” jelas agensi tersebut.

Namun sedikit mengecewakan apabila syarikat agensi rakaman tersebut tidak memberi sebarang komen atau permohonan maaf mengenai isu sensitif yang telah menyinggung perasaan peminat beragama Islam tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2023 12:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2023 12:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2023 12:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2023 01:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kingdom ni sapa? Discount BTS ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya,tajuk berbunyi,
Rekaan cover album kingdom menyerupai salah satu cover al quran di dunia ini.
Sepatutnya berbangga sebab dorang menggunakan seni kaligrafi Islam,
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kelempuk je blake, pakai lipstik ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 24-9-2023 08:04 PM
jejaka_hensem replied at 24-9-2023 02:52 PM
Sepatutnya,tajuk berbunyi,
Rekaan cover album kingdom menyerupai salah satu cover al quran di dunia  ...


Kita risau nanti ada byk salah guna kemudian hari. Nak explain panjang xreti. Tapi sebelum menjadi worst, kita control dulu sebelum macam2 diorg buat yang mana nampak mcm sipi2 islam. Lama2 guna utk hina tp rupa mcm sipi2

Boleh tgk mcm mana puak2 yg hina2 agama ni atau yg mempermainkan agama ..,contoh yg blaku pada tanda salib kristian. Bila x di kontrol, salib terbalik pon ada, salib digunakan pada tempat2 yg hina which lama2 perkara tersebut jadi perkara normal even pada penganut nya sendiri

So mng bahaya even nampak mcm sipi2 je… bila dah start mmg diorg ni akan ambil kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar hiasannya pun...
Hampir nak mengundang cercaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde design lain ke?
Saja nk cari pasal?

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua Quran di dunia rupa lagu tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:22 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 25-9-2023 01:06 AM
Takde design lain ke?
Saja nk cari pasal?

free publicity....dr org x tahu..skrg dah tahu kan wujud group ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:04 AM | Show all posts
Lebai Malaya tak terhina ke kerana arabic bible juga serupa Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai peminat kpoop datang dari southeast asia. Kononnya benda mcm ni boleh appeal kepada peminat mereka di kalangan umat melayu nusantara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 07:46 AM | Show all posts
dari sudut positif akan lebih ramai menganut islam. kalau ikut statistik di europe negara barat mualaf ramai. berbeza dengan asean, ramai murtad tukar salib. sebab tu umat islam asean kena sedar liberal lgbt ni satu dakyah barat .

kita wajib tolak umat kaum nabi luth tak kira apa ideologi politik bangsa atau apa saja. sebab gay lgbt semua agama tolak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 07:54 AM | Show all posts
apa kamu fikir K-pop tiba tiba ujud tiada rancangan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.060990 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list