CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 983|Reply: 0

[Perlis] Amaran hujan berterusan di dua negeri hingga Isnin

[Copy link]
Post time 24-9-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Amaran hujan berterusan di dua negeri hingga Isnin

24 September 2023  11:18am



MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, hari ini dan esok. Foto hiasan 123RF




KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, hari ini dan esok.

Dalam satu kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.



Dalam kenyataan berasingan MetMalysia memaklumkan angin baratan dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung Malaysia dalam tempoh sehingga esok.

"Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang, di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan,” menurut kenyataan MetMalaysia itu.


Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059087 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list