CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 0

Inter Miami terpaksa 'ketepikan' Messi

[Copy link]
Post time 23-9-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

MESSI dijangka terlepas aksi hujung minggu ini ekoran kecederaan. FOTO Agensi

Amerika Syarikat: Pengendali Inter Miami, Gerardo Martino mengesahkan bahawa bintang bola sepak dunia, Lionel Messi bakal terlepas aksi pada Ahad ini menentang Orlando City di tempat lawan ekoran kecederaan yang dialami Messi ketika bersama skuad kebangsaan Argentina, minggu lalu.

Messi, 36, dan pemain pertahanan Jordi Alba dilihat tidak menjalani latihan awal pagi ini selepas kedua-duanya terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika bertemu Toronto FC Rabu lalu yang menyaksikan Inter Miami menang 4-0.

Difahamkan, tindakan Martin mengeluarkan Messi dan Alba pada awal perlawanan kerana kedua-duanya masih keletihan selepas mengharungi aksi antarabangsa bersama skuad kebangsaan masing-masing.

"Ia mengganggu perancangan pasukan," kata Martino mengenai kecederaan Messi.

"Saya tidak tahu sama ada Messi menanggung kesakitan yang teramat sangat, dan masalah kecederaan itu sudah dirujuk kepada pegawai perubatan pasukan yang akan menangani sebaiknya.

"Mungkin ia sedikit mengganggu, bukan saja dari segi perancangan pasukan malah turut memberi kesan kepada mental dan prestasi Messi selepas ini," katanya.

Ketika ini Inter Miami menduduki tangga ke-13 liga daripada 15 pasukan bertanding di saingan utama Liga Amerika Syarikat itu.

Messi sudah meledak 11 gol dan lapan bantuan gol buat pasukannya sejak menyertai kelab itu pada Jun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ksa-ketepikan-messi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054074 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list