|
Man United bergolak?
TEN Hag didakwa pilih kasih ketika mengkritik pemainnya.
London: Beberapa pemain Manchester United dilaporkan mula kurang senang dengan sikap Erik ten Hag ketika kelab berdepan permulaan musim yang hambar.
Man United tewas kali ketiga berturut-turut kelmarin apabila mereka membuka kempen Liga Juara-Juara dengan kekalahan 3-4 di Bayern Munich.
Sebelum itu Red Devils tewas 1-3 di tangan Arsenal dan juga dengan jaringan sama kepada Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.
Kekalahan terbaru itu sukar diterima Ten Hag dan laporan mengejutkan mendakwa berlaku pergolakan dalam bilik persalinan.
Menurut Manchester Evening News, 'sumber' mendakwa Ten Hag mengamalkan pilih kasih dalam skuadnya apabila ada pemain yang kebal daripada kritikan.
Laporan itu menyebut : "Sumber bilik persalinan memberitahu Manchester Evening News beberapa pemain percaya Ten Hag mempunyai beberapa pemain kegemarannya dalam skuad itu yang tidak boleh 'diusik' manakala yang lain tidak terlepas daripada kritikan pengurus United itu.
"Walaupun Ten Hag mengelak daripada mendedahkan nama pemain tertentu kepada umum, dia kerap mengkritik kegagalan pemain mematuhi peraturan selepas kekalahan."
Man United yang kini menduduki tangga ke-12 dalam carta EPL hanya menang dua daripada lima aksi pertama liga musim ini.
Mereka tewas di tangan Tottenham, Arsenal dan Brighton serta kalah aksi pertama Liga Juara-Juara.
Ten Hag sudah pasti mahu melihat reaksi anak buahnya apabila berkunjung ke Burnley dalam saingan EPL awal pagi Ahad ini.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... man-united-bergolak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|