View: 4740|Reply: 27
|
"Kami Berdua Sudah Melalui Tiga Perkahwinan, Kami Berdua Tahu Apa Yang Kami Mahu Dalam Hidup" - Engku Emran
[Copy link]
|
|
"Kami berdua sudah melalui tiga perkahwinan, kami berdua tahu apa yang kami mahu dalam hidup, malangnya kami terpaksa mencari haluan masing-masing."
Demikian luah Engku Emran Engku Zainal Abidin mengenai keretakan rumah tangganya bersama kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila.
Emran menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya berkata, kehancuran dalam rumah tangga buat kali ketiga bukan satu keagagalan tetapi sudah ditakdirkan.
"erkahwinan memang sukar. Siapa yang pernah berkahwin kami semua tahu mengenainya. Yang mana belum pernah kahwin jangan sembang kuat sangat.
"Saya beritahu Nabila tiga perkahwinan ini bukan kegagalan, tetapi sudah tertulis sebelum kita hidup di dunia ini. Ia hanyalah satu perjalanan yang tidak dapat dielakkan yang perlu kita lalui untuk mencari keredaan-Nya dan selagi kita mendekatkan diri kepada-Nya itu sudah menjadi satu kejayaan besar," katanya.
Menurut Emran, dia memohon orang ramai untuk menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.
"Jaga adab serta hormati Nabila dan saya. Kami masih ada keluarga… mak dan ayah. Jangan sakiti hati mereka.
"Kami tidak pernah kacau hidup sesiapa. Ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah kami reda. Hormati kehidupan kecil kami ini walaupun ia tidak sempurna.
"Sekali lagi saya minta anda untuk menghormati dan beri ruang. Ini adalah detik sukar buat kami berdua. Mohon doa semoga Allah permudahkan segala urusan kami berdua," katanya.
Dalam masa sama, Emran mengingatkan orang luar supaya berhenti menyebar fitnah atau membuat sebarang andaian tidak benar mengenai keretakan rumah tangganya dengan Nabila.
"Saya rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk berkata sesuatu dengan niat untuk menghindari fitnah daripada tidak terkawal.
"Selepas kata- kata saya ini jika anda terus membuat andaian dan cerita-cerita nak menyedapkan selera nafsu anda itu adalah masalah anda dan anda perlu menjawab dengan Tuhan.
"Saya tidak pernah ambil pusing kepada khabar angin dan gosip murahan atau sampah.
"Jangan kita komen seperti kita nampak sangat tidak bijak. Jangan kita komen seperti kita kenal sangat orang yang kita langsung tidak kenal. Jangan kita komen macam kita tidak akan ada ujian yang menanti," katanya.
Terdahulu Nabila memaklumkan dia dan Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasratnya untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah sampai 3 kali tetap gagal maknanya ko tak belajar dari kesilapan dan tak tahu apa ko nak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Urghhh
Just read his post
Poyo |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sendiri tak reti nak mhasabah diri jangan nak menyalahkan takdir. |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh kau ni.
Marriage kau yg berantakan, kau nak marah2 dkt Netizen semua dah kenapa?? Marah lah otak kau yg benak tu, kepam ouii. 3 kali bercerai berai, maknanya engkau yg benak. Sama naik lah dgn janda kau yg ni. Kalau dah 3 kali, takkan ex2 kau yg dulu yg salah. Kau dgn si SSKJP ni sama2 benak! Ex2 korang ada ke membilang laki dan membilang pu*!
Kau dua ekor, kalau suka sgt kumpul Kad Jemputan kawin, bukak kedai printing. Bukan kawin kawin kawin byk kali. Bodoh! Dahla kepam. |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 dh boleh retire..muhasabah diri
|
|
|
|
|
|
|
|
Binodino: Kalau sendiri tak reti nak mha ...
Yes so true |
|
|
|
|
|
|
|
poyo giler statement dia ni. nyampah pulak baca.
kalau 3 kali dh gagal, tu bukan suratan tertulis lagi. salahkan diri sendiri sbb tak belajar dr kesilapan.
entah apa la yang kau nak sebenarnya emran oii |
|
|
|
|
|
|
|
Org lain pun kahwin dah berbelas berpuluh tahun
Engko asyik salahkan takdir
Berak sembelit pun ko salahkan takdir ke |
|
|
|
|
|
|
|
Benci dgn manusia yg asik nak petik alasan takdir
Seolah2 dalam dunia ni Allah tak memberikan akal, hak dan pilihan utk menentukan arah hidup anda.
Knp dlm Quran ada panduan memilih jodoh klu semua dah ditentukan...nak panduan buat apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
apa punca. apa yg dia x suka kat nabila tu memandangkan dia yg nak bercerai. dulu masa erra lepas cerai pon terkejar kejar |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg drg cari² smp skg xjumpa? |
|
|
|
|
|
|
|
kaknab cantik
ada sapa² lagi ke yg berani nk kawen dgn mamat ni? |
|
|
|
|
|
|
|
mamazat x berjaya nasihatkan dan doa kaw² utk anak menantu ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kaknab ada aura membosankan |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 23-9-2023 03:24 PM
Kaknab ada aura membosankan
Eh aku pun prasan ni.. maybe time tangkap cintun je dia nmpk cam fun tp nan hado… dgr dia ckp dlm video2 content pun tak rasa exciting, alive gituh aku mencerca |
|
|
|
|
|
|
|
End up they still looking around..hopefully they both know what they really want.
take time to know each other la before u jump the gun.
Dah tua2 pon still not learnt the lesson. |
|
|
|
|
|
|
|
kan..poyo beria nk justify. bengong
|
|
|
|
|
|
|
|
both gagal...lpsni xyah kawin lg la |
|
|
|
|
|
|
| |
|