CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 0

FAM perlu buru pemain kacukan 'junior'

[Copy link]
Post time 22-9-2023 09:39 PM | Show all posts |Read mode
FAM perlu buru pemain kacukan 'junior'



BRENDAN, Corbin dan Darren sudah melepasi usia 30 tahun. FOTO FAM


Kuala Lumpur: Sumbangan pemain warisan ataupun tonggak kacukan dalam skuad Harimau Malaya sememangnya tidak boleh dinafikan di mana separuh kekuatan pasukan negara hadir menerusi kudrat pemain berdarah campuran itu.

Pemain-pemain seperti Dion Cools, Matthew Davies, Brendan Gan, Corbin Ong, Darren Lok, Dominic Tan, Junior Eldstal, Stuart Wilkin dan ramai lagi dilihat berjaya membawa angin perubahan dalam permainan pasukan kebangsaan.

Meskipun terdapat beberapa pemain naturalisasi dengan tiga yang sering dipanggil daripada tujuh 'diberikan kad pengenalan biru' iaitu Paulo Josue, Endrick Dos Santos dan Sergio Aguero.

Tidak lengkap dengan formula itu, kemunculan anak tempatan seperti Arif Aiman Hanapi, Syihan Hazmi, Akhyar Rashid, Shahrul Saad, Safawi Rasid dan lain-lain membuatkan persaingan merebut tempat dalam pasukan cukup sengit.

Namun satu perkara tidak boleh diketepikan, kelibat pemain warisan sebenarnya cukup membantu malah kehadiran mereka dilihat berjaya menambah kualiti pada skuad negara.

Begitupun, kini timbul persoalan bagaimanakah langkah atau apakah kaedah jangka panjang daripada pasukan kebangsaan agar sentuhan pemain berdarah warisan ini terus kekal bersama skuad Harimau Malaya ketika usia beberapa pemain sudah mula menjangkau 30 tahun ke atas.

Tinjauan Arena Metro, sekurang-kurangnya terdapat empat pemain kacukan yang sudah berusia antaranya Brendan Gan berumur 35 tahun serta tiga tonggak lagi, yang masing-masing berusia 32 tahun iaitu Corbin Ong, Junior Eldstal dan Darren Lok.

Mungkin, penampilan di Piala Asia di Qatar pada Januari depan adalah sumbangan terakhir mereka di pentas antarabangsa, di mana persoalannya siapakah pengganti untuk generasi ini.

Lantas, Arena Metro beranggapan sudah tiba masanya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bergerak aktif 'memburu' atau merekrut ramai lagi tonggak kacukan yang masih berada di luar negara bagi menggantikan pemain senior ini.

Hasil tinjauan, sekurang-kurangnya terdapat lapan pemain yang masih boleh dicuba untuk memancing mereka kembali ke tanah air bagi memperkuatkan cabaran Malaysia di saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 serta Kelayakan Piala Asia 2027.

Antara pemain berpotensi adalah Nishan Vellupilay yang memiliki darah campuran Australia-Malaysia dengan dia baru berusia 23 tahun dan beraksi di posisi penyerang di liga utama negara Kangaroo itu.

Negara juga mempunyai tonggak pertahanan tengah padu iaitu Dylan Van Wageningen yang berdarah Belanda-Malaysia dan beraksi untuk Sparta Rotterdam di Belanda, di mana umurnya baru mencecah 21 tahun.

Begitu juga Joshua Rawlins (kacukan Malaysia-Australia), Addis Goode (kacukan Malaysia-Australia), Sam Bone (kacukan Malaysia-England), Jez Bedford (kacukan Malaysia-England), Omar Bjorn Stefansson (kacukan Malaysia-Iceland) dan Kobe Jae Chong (kacukan Malaysia-Jamaica).

Jika FAM dapat menarik sekurang-kurangnya empat atau lima pemain daripada senarai itu, ia pastinya dapat memelihara transisi peralihan agar prestasi skuad Harimau Malaya tidak jatuh merudum ekoran ketiadaan tonggak senior itu nanti.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... main-kacukan-junior

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.060912 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list