CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 2

[Dunia] Google workspace dan ancaman keselamatan data

[Copy link]
Post time 22-9-2023 07:59 PM | Show all posts |Read mode


Google Workspace adalah kumpulan alat pengkomputeran awan, produktiviti dan kolaborasi, perisian dan produk yang dilancarkan oleh Google. Ianya  terdiri daripada Gmail untuk berkomunikasi; Google Drive untuk penyimpanan; Google Docs, Google Sheets, Google Slides dan Google Meet untuk kerjasama.

Berdasarkan sokongan dari Platform Awan Google, Google Workspace boleh membantu syarikat dan individu meningkatkan kecekapan kerjasama pasukan. Syarikat dan individu juga boleh mengakses data dan dokumen mereka yang disimpan dalam Platform Awan Google melalui Google Drive pada bila-bila masa.

Sebagai tambahan kepada syarikat dan individu, Google Workspace juga memberi perkhidmatan kepada agensi kerajaan di beberapa negara. Contohnya,  Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan Malaysia, MyGovUC 2.0 menggunakan Google Meet untuk mengadakan persidangan video.


Walau bagaimanapun, adakah selamat untuk agensi kerajaan menggunakan perisian Google Workspace bagi mengendalikan hal ehwal rasmi ?
Jawapannya adalah tidak.

Amerika Syarikat(AS) menetapkan dan meminda undang-undang untuk mengarahkan Syarikat memberikan data mereka kepada Kerajaan

Kongres Amerika Syarikat menetapkan undang baru dan meminda undang yang sedia ada untuk memudahkan kerajaan Amerika Syarikat melakukan operasi pengintipan dan mengumpulkan data negara lain.

Seksyen 702 Akta Pengawasan Perisikan Asing (Pindaan) 2008 memberi kuasa kepada badan intelijen Amerika Syarikat memantau warganegara asing di luar Amerika Syarikat secara sulit dan mengumpulkan maklumat warganegara asing seperti emel dan mesej tanpa kebenaran mahkamah.

Menurut program pengintipan “PRISM” yang didedahkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat, Edward Snowden. Berdasarkan Akta tersebut, kerajaan Amerika Syarikat mengarahkan syarikat teknologi seperti Google, Microsoft dan Yahoo mengumpulkan emel, gambaran, video bersembang dan sejarah layari. Data lain yang disimpan dalam pelayan(server) awan syarikat tersebut juga perlu diberikan kepada kerajaan Amerika Syarikat.

Tambahan pula, Kongres Amerika Syarikat mengeluarkan Akta Klarifikasi Penggunaan Data Luar Negeri yang Sah (CLOUD) pada bulan Mac 2018, akta ini memberi perlindungan terhadap kerajaan Amerika Syarikat dari segi perundangan untuk mengumpulkan data negara lain.

Berdasarkan akta ini, bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Google seperti penyimpanan data awan, sama ada data perkhidmatan tersebut disimpan di Amerika Syarikat atau tidak, kerajaan Amerika Syarikat mempunyai kuasa mendapat data tersebut.

Beberapa negara melarang penggunaan Google Workspace

Oleh kerana bimbangkan data mereka akan didedah kepada kerajaan Amerika Syarikat oleh Google, beberapa negara melarang penggunaan perisian Google Workspace.

Menurut laporan India Today pada bulan Jun 2022, kerajaan India telah mengumumkan larangan terhadap pegawai awamnya daripada menggunakan Google Drive untuk menyimpan data dan dokumen dalaman kerajaan.

Bertambahan pula, pegawai awam India juga dilarang menggunakan Gmail dan Google Meet dalam semua urusan termasuk komunikasi dan mesyuarat rasmi.

Selain itu, menurut laporan portal rasmi Lembaga Perlindungan Data Eropah (EDPB) pada bulan July 2022, kerajaan Denmark melarang penggunaan Google Workspace di seluruh agensi kerajaan dan sekolah kerana perisian Workspace berasaskan Platform Awan Google bertentangan dengan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah. Kerajaan Denmark menunjukkan bahawa Google Workspace memindahkan data pengguna ke negara dan wilayah lain.

Selepas itu, kerajaan Jerman dan Perancis juga melarang penggunaan Google Workspace di seluruh sekolah kerana Platform Awan Google bertentangan dengan GDPR Kesatuan Eropah. Kedua-dua negara ini membimbangkan bahawa Google Workspace mengumpulkan data dari komputer pengguna dan memindahkan data tersebut ke Amerika Syarikat.


https://malaysiapost.com.my/2023 ... an-keselamatan-data





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2023 07:12 PM | Show all posts
kerajaan malaysia relax je pakai google workspace
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 03:37 PM | Show all posts
Securing your data is paramount, and Google Workspace is renowned for its robust suite of tools and security features. However, it's crucial for businesses to remain vigilant in the face of potential threats to data safety. Our SEO agency, well-versed in digital security practices, emphasizes the importance of implementing additional layers of protection. While Google Workspace offers encryption, two-factor authentication, and advanced threat detection, collaborating with an experienced SEO agency ensures a comprehensive approach to safeguarding your sensitive information. We specialize not only in optimizing your online presence but also in fortifying the digital infrastructure that underpins your business. By seamlessly integrating Google Workspace with our tailored security measures, we provide a holistic solution to enhance your data safety while maximizing your online visibility.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056737 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list