CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8065|Reply: 59

[Tempatan] 'Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import', tempelak Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh

[Copy link]
Post time 22-9-2023 09:05 AM | Show all posts |Read mode
'Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import', tempelak Dr Akmal

https://www.bharian.com.my/berit ... -sambil-makan-beras

Oleh Amir Mamat - September 22, 2023 @ 8:02am
[email protected]


Dr Muhamad Akmal Saleh

MELAKA: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kekal mendesak kerajaan supaya mengehadkan jualan beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia.

Ia sekali gus menempelak tuduhan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang mendakwa cadangan berkenaan sebagai tidak masuk akal dan tidak berperikemanusiaan kepada warga asing.

"Tidak berperikemanusiaan, katanya. Lagi tak berperikemanusiaan apabila mengenangkan rakyat Malaysia hanya mampu tengok warga asing membeli beras tempatan yang disubsidi oleh kerajaan.

"Bila beras (tempatan) dah cukup (untuk rakyat Malaysia) dan ada lebihan, berilah (kepada) siapa nak beli. (Sekarang) ini isu beras tempatan (masih) tak cukup lagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Muhamad Akmal yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, meminta Presiden CASSA, Datuk Seri Dr Jacob George supaya turun padang dan melihat sendiri kesulitan rakyat tempatan untuk mendapatkan beras bersubsidi.

"Mohon Datuk (Seri) turun ke bawah dan lihat sendiri, bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import," katanya.

George dalam kenyataannya hari ini, dilaporkan berkata, gesaan beberapa pemimpin politik supaya pembelian beras tempatan dihadkan hanya kepada rakyat Malaysia dianggap tidak masuk akal kerana langkah sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara.

Katanya lagi, cadangan itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan kepada warga asing yang menetap di sini, malah tindakan jangka pendek yang hanya menyusahkan kerajaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, baru-baru ini, dilaporkan berkata, kerajaan tidak bercadang melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing di negara ini.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal mengutarakan cadangan berkenaan susulan kenaikan harga makanan ruji itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 09:25 AM | Show all posts
kalau yang kerja kat kedai, supermarket tu bangsa asing... ada potensi depa dah simpan sesiap bekalan utk depa.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:05 AM | Show all posts
kedai pun tak dapat bekalan beras tempatan macam mana nak jual?

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu menteri asing dtg..nk kna tnya tukang msk ..pakai beras mana dlu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu Dulu..T20 Dan majoriti M40 mana ada org tgk dan beli sgt beras SST nih...diaorg lebih suka beli beras wangi or siam...or maybe pekedai pekedai yg beli...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:31 AM | Show all posts
wirazam replied at 22-9-2023 10:24 AM
Dulu Dulu..T20 Dan majoriti M40 mana ada org tgk dan beli sgt beras SST nih...diaorg lebih suka beli ...

I suspect peniaga2, borong beras sebab dgr soksek beras nak naik rega.  Kalau depa bagi 10-20 ringgit kat pekedai suruh simpankan pun berapa la sangat kalau depa dapat 10-20 kampit beras sst.  Lepas tu jual nasi sepinggan RM2.50 alasan beras naik rega.  Siapalah saja nak sorok beras kecuali ada matlamat tertentu.
Yg orang kita pulak selama ni melantak beras import tapi menyalak sana sini, time tu lah dia pula tiba2 nak makan beras tempatan, apa kejadahnya.  Bila time lain, dia lah T20 dia lah M40 time macam ni gomen jahat pula.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 22-9-2023 10:31 AM
I suspect peniaga2, borong beras sebab dgr soksek beras nak naik rega.  Kalau depa bagi 10-20 ring ...

Kannn..semua nak jadi terpaling..
Zakat fitrah pun ada 3 level ikut jenis beras yg dimakan...
T20 dan majoriti M40 mana ada byar ikut level rm7 tuh...Ada kenalan aii..siap memilih makan nasi..kalau bukan basmati..mmg dia X makan..
Gi kenduri pun..majoriti beriani tuh pakai basmati kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 22-9-2023 10:17 AM
Klu menteri asing dtg..nk kna tnya tukang msk ..pakai beras mana dlu ke?

Menteri asing of course dia hidang basmathi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 22-9-2023 10:31 AM
I suspect peniaga2, borong beras sebab dgr soksek beras nak naik rega.  Kalau depa bagi 10-20 ring ...

I saspek pun gitu...ada penyorokan...ada akta sorok2 ni kan...tp ntah...la malaysiaku niii
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok, Sst and Ssi takder beza pun. Pacakaging jer beza. Maksudnya mudah je,  pengilang package beras tempatan sebagai beras import untum jual pada harga dekat dua kali ganda. Orang dah investigate benda ni, tapi tak tau kenapa gomen taknak tingkatkan pengawasan biar benda berleluasa. Diorang suspek, mmg gomen akan naikkan harga kawalan beras tempatan. Tu yg pengilang lama dah minta.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:16 AM | Show all posts
baguslah ada yang bersuara mcm ni. sekarang ni sepatutnya pentingkan rakyat sendiri dulu sbb ada masalah.

tekanan dari pengilang dan pengedar ini boleh dikurangkan dengan kerajaan sendiri buat ladang padi ... bolehlah jual ikut keadaan dan menjadi penimbang kepada harga yang lebih tinggi yang mungkin diminta dari pengilang lain


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
'Turun dan liwat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import', tempelak Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kekekek replied at 22-9-2023 11:09 AM
Kalau tengok, Sst and Ssi takder beza pun. Pacakaging jer beza. Maksudnya mudah je,  pengilang packa ...

Gomen malaysia mmg mcm ni, tak kira parti mana pun, tak pernah pikir pum pasal rakyat.  Itu pasal la isu pati, warga asing mudah dpt ic, brg subsidi, penyeludupan tak prnah berkurang. Makin menjadi² ada lah.
Tka prnh diorg pikir pun pasal rakyat, asal tembolok sendiri penuh udah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Berhati hati lah wahai ketua pemuda pekembar

Shahril hamdan dan hisham jalil tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman najib dulu tak pernah jadi camni walaupon pernah beberapa kali berlaku krisis ekonomi dunia

Raykat merengek masa tu hanya kerana minyak diapungkan secara terurus kadang2 naik 5 sen kadang2 turun 5 sen

Bila naik 5 sen mula la 20 jenis meme disebarkan oleh penghasut, dan raykat2 merintih sengsara.. bila harga minyak turun 5 sen, dorang senyap, tapi main isu lain contohnya najib bermukah dengan ziana zain, tong simen, ahkak pink etc
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:57 AM | Show all posts
mohon presiden umno ambik tindakan terhadap mana mana ahli umno yg mengkritik kerajaan perpaduan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai cakap senangla nak limit penjualan kat msians only
Mekanism nya macamana
Penjual jugak yg kena setup the system and process
Alangkan jualan ron95 pun tak boleh nak kontrol sampai sinkapork pun laughing at our law
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 22-9-2023 11:57 AM
mohon presiden umno ambik tindakan terhadap mana mana ahli umno yg mengkritik kerajaan perpaduan

Bagus.

And semoga ahli umno yang ditendang tu buat parti baru. Biar wak jahid melingkup dengan penjilat tegar dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 12:11 PM | Show all posts
Sebenar sistem dah korup...Nak reset memang susah sebab masing2 ada kepentingan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 22-9-2023 11:41 AM
Gomen malaysia mmg mcm ni, tak kira parti mana pun, tak pernah pikir pum pasal rakyat.  Itu pasal  ...

Najib je berani hapuskan subsidi perubatan kepada warga asing dulu

Dan melalui GST, cukai dapat diambil dari warga asing nih dan disalurkan semula kepada rakyat malaysia melalui jenama2 1malaysia seperti BR1M, KR1M, klinik 1malaysia etc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
Filem Filem Hebat Karya Pengarah Woody Allen
mat_arofFilem Filem Hebat Karya Pengarah Woody A
Views : 10545 Replies : 33
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 18723 Replies : 31
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282688 Replies : 8340
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2266 Replies : 18
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64501 Replies : 396
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 41684 Replies : 147
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 2929 Replies : 0
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.275560 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list