CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2689|Reply: 4

"Bukan Duit, Tapi Kotak Minuman,"– Polis Johor

[Copy link]
Post time 21-9-2023 06:16 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Polis Johor menafikan dakwaan dua anggotanya telah menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan seperti yang tular dalam satu rakaman video.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat sebaliknya berkata, pemilik kilang tersebut hanya memberikan air kotak kepada kedua-dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) berkenaan.


Menurut beliau, pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung perkara tersebut, masing-masing dibuat oleh dua anggota terlibat dan pemilik kilang berkenaan.








“Kita dah buka kertas siasatan berhubung perkara itu. Siasatan awal dibuat mendapati pemilik kilang tersebut bukan menyerahkan wang sebaliknya minuman berbentuk air kotak.


“Namun begitu, siasatan tetap dijalankan khususnya melibatkan tindakan anggota yang tidak keluar daripada kenderaan ketika itu,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor, di sini hari ini.


Tambah Kamarul Zaman, siasatan dibuat pihaknya mendapati kejadian itu berlaku di kawasan perindustrian sekitar Kulai pada 3 September lalu.


Sementara itu, beliau turut memaklumkan siasatan juga dibuat melibatkan rakaman pertuturan bahasa Mandarin di dalam video berkenaan.


“Dalam rakaman itu, pemilik kilang ada bercakap dengan adiknya dalam Bahasa Mandarin mengatakan ‘jangan bagi duit kepada mereka, kalau bagi duit dia akan….’, kemudian rakaman itu terputus di situ. Jadi kita akan jalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini,” ujarnya.


Dalam pada itu, Kamarul Zaman turut menasihati masyarakat awam untuk berkongsi maklumat berhubung kegiatan salah laku anggota secara terus kepada pihak polis dan bukan melalui media sosial semata-mata.


“Tindakan sedemikian akan memberikan imej negatif dan memburukkan nama agensi ini. Perbuatan memuat naik di media sosial untuk tujuan negatif saya tidak setuju,” jelasnya.


Semalam, tular di aplikasi TikTok sebuah rakaman video berdurasi 39 saat memaparkan seorang lelaki bertindak memberikan sesuatu kepada dua anggota polis yang sedang duduk di dalam kenderaan peronda.


Bagaimanapun dalam video berkenaan tidak jelas kelihatan apa yang diberikan individu berkenaan kepada anggota terbabit.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ingt rasuah dlm bentuk duit je ke? nsb baik bukak siasatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja diorg perangkap polis2 ni.. kalau xbuat salah knp nk hulur2. Elok polis serbu je yg bt video ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 11:31 PM | Show all posts
biasa diorang berani pau bebudak indon ngan non malaysians je. Kawan indon iols selalu kena pau time jalan2 pegi pasar malam atau rehat, ala polis2 muda yang naik motor pusing2 tu ler. Pau rm50.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:28 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.042794 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list