CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3097|Reply: 0

Muhsin teruja beraksi di LTdL

[Copy link]
Post time 21-9-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode

MUHSIN Al Redha Misbah (dua dari kanan).

Kuala Lumpur: Kali pertama beraksi di Le Tour de Langkawi (LTdL) menghadirkan perasaan bercampur-baur buat pelumba kelahiran Selangor, Muhsin Al Redha Misbah namun dia sedar bakal menggalas tanggungjawab besar kerana menyarung jersi kebangsaan.

Menurut Muhsin, walaupun bakal bersaing dengan pelumba antarabangsa dari pelbagai benua pada LTdL edisi ke-27, tanggungjawab yang diberikan pasukan harus digalas dengan sebaiknya.

"Ini kali pertama (beraksi di LTdL). Seronok dan ada tanggungjawab besar. Bagi saya, perasaan itu bercampur baur," kata bekas pelumba pasukan Sapura Cycling (TSC) itu.

Muhsin bakal membentuk gandingan mantap bersama tiga lagi bekas pelumba TSC iaitu Mohammad Izzat Helmi, Nur Aiman Rosli dan Muhammad Zawawi Azman.

Turut memperkuatkan pasukan kebangsaan kali ini adalah pelumba serba boleh, Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri dan pelumba termuda, Zulhelmi Zainal yang berusia 23 tahun.

Pasukan yang dibawah kendalian ketua jurulatih Mohd Yusuf Abdul Nasir mempunyai misi untuk mencabar Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia dan bagi Mushin, tugas itu agak berat namun mereka akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya.

"Bagi saya berat tetapi kami akan cuba usaha sebaik mungkin untuk mencapai apa yang jurulatih sasarkan. Semua pelumba dalam pasukan tengah berada di tahap prestasi terbaik buat masa ini," katanya.

"Untuk Jersi Putih itu, bagi saya masih terbuka dan penentuannya adalah di peringkat di Genting nanti kerana pendakian ke Genting yang panjang dan ia boleh menjadi jurang masa yang besar. Jadi peluang itu ada di situ," kata Muhsin.

Peringkat pertama perlumbaan bakal berlangsung dari Kerteh ke Kuala Terengganu Sabtu ini sebelum jelajah menyusuri laluan sejauh 196 kilometer (km) dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu keesokan harinya.

Laluan seterusnya adalah dari Jeli ke Baling yang sejauh 177.1km manakala perimgkat keempat pula dari Bukit Mertajam ke Meru Jaya (140km).

Peringkat lelima bakal berlangsung dari Slim River ke Genting Highlands sejauh 133.3km sebelum peringkat seterusnya membabitkan jarak perlumbaan 176.6km dari Karak ke Melaka.

Peringkat ketujuh membabitkan laluan dari Muar ke Seremban 2 sejauh 125.7km sebelum kemuncak saingan bermula dari Setia Alam ke Kuala Lumpur.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uja-beraksi-di-ltdl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.168784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list